Aku memang kenal dengan dua orang gadis muda ini.Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia dan seorang penuntut di Universiti Putra Songkhla, cawangan Patani.
Mereka berdua ini berasal dari Negara Patani Darussalam. Walaupun masih menuntut di universiti mereka masih mampu meluangkan masa untuk kerja-kerja sukarela. Mereka menginfakkan tenaga dan fikiran untuk membantu umat Melayu Islam Patani.
Nurhayati atau lebih dikenali(gambar kiri) dengan nama panggilan 'Kak Ti ' dikenalangan aktivitis sosial 'UNGGAS' dan 'AMANI'. Kalau tidak ada sebarang halangan Kak Ti tidak pernah absen dengan sebarang aktiviti kesukarelawanan. Setakat ini Kak Ti banyak menghabis tenaga dan masa dengan 'HAP' di Jala,Patani Darussalam.
Mankala Nasuha(gambar kanan) pelajar jurusan tahun akhir yang pengkhususan dalam bidang Bahasa Inggeris di Universiti Putra Songkhla. Beliau banyak membantu kerja-kerja pertubuhan rakyat seperti PERKASA dan lain-lain lagi.
Nur Hayati dan Nasuha seringkali turun ke padang bersama degupan jantung rakyat yang dilanda derita.
No comments:
Post a Comment