sponsor

Sunday, 8 June 2014

Beginilah Jadi Akhirnya...

Pengalaman turun ke lapangan banyak mengajar Aku erti kemanusiaan dan penderitaan hidup  Ceritanya berdasarkan kisah benar. Tetapi nama watak, tempat dan negara telah diubah.

Rais seorang pemandu dan bekerja dengan sebuah NGO. Pendapatannya tidaklah seberapa.  Tapi cukuplah untuk menyara dia dan  isterinya.  Pasangan ini telah lama berkahwin, kira-kira 10 tahun yang lalu. Rais telah  diminta oleh  rakannya untuk  menjaga dua  orang orang anak jalanan buat sementara waktu sebelum mendapat rumah.

Rais dan isterinya, Maryam menjaga anak-anak ini  dengan  penuh kasih sayang. Akhirnya Maryam mengandung. Pasangan ini dikurnaikan dua orang anak daripada darah daging mereka sendiri.  Hidup mereka  bertambah ceria.

Anak jalanan di rumahnya semakin bertambah. Bermula dengan dua orang, meningkat kepada 6 orang, kemudian 10 orang, 20 orang dan akhirnya bertambah ramai  lagi.

Ada seorang hartawan dan dermawan berjanji untuk membantu Rais dam Maryam. Atas sebidang  tanah  hartawan itu membina sebuah  asrama.Rumah Rais berdekatan dengan  asrama ini.

Maryam dan Rais beserta  dua orang anaknya  bersetuju untuk tinggal di asrama ini yang sekarang ini  memuatkan 50 orang anak jalanan. Mereka tinggal seperti adik  beradik. Anak yang termuda  berusia 18 bulan.Dan yang paling tua berusia 18 tahun. Aku sempat  bertemu dengan  mereka setelah kakak yang berusia 18 tahun ini  selesai mengambil peperiksaannya untuk memasuki universiti.

Di sini yang tua membantu 'adik' mereka. Mereka membantu membuat kerja rumah.mengajar Al-Quran dan berqasidah.Rais  akan membacakan cerita-cerita nabi kepada anak-anak yang masih kecil. Maryam menumpukan sepenuh  masanya menjadi 'ibu'  kepada keluarga  besar ini.

Kehidupan keluarga besar ini berakhir dengan kisah yang sedih dan  duka.

Pihak berkuasa tempatan telah campurtangan.Pihak berkuasa menegaskan semua anak lelaki  ataupun  perempuan  hendak segera dihantar ke rumah anak  yatim!
" Tidak wajar anak  lelaki dan perempuan tinggal dibawah satu bumbung."

Rais cuba membantah."Ramai keluarga yang  mempunyai anak lelaki dan perempuan tinggal di bawah satu bumbung.".Maryam berjuang sekuat yang mampu untuk keluarga ini terus tinggal bersama.

Tetapi pihak berkuasa tetap berkeras juga. Mereka mempunyai cara tersendiri. Separuh daripada anak-anak ini telah dipindahkan ke rumah anak yatim mengikut jantina!Tangisan dan airmata memenuhi setiap sudut  dan ruang rumah itu!

Kata kawanku. " I cannot do everything. But I must not do nothing."

Tetapi bila kita semua berbuat  sesuatu, hasilnya akan berlainan.

Oleh Shakir  Taha

No comments:

Post a Comment