sponsor

Sunday, 15 June 2014

Anak Yatim Yang Di Tinggalkan Oleh Bapa Tiri

Begini keadaan yang menimpa dua orang anak yatim setelah bapa mereka meninggal dunia. Ibu mereka berkahwin lagi setelah bapa mereka pulang menemui yang Maha Esa. Kehadiran dua orang anak gadis  ini tidak disenangi  oleh  bapa tiri mereka.


Pada suatu hari mereka telah dibawa oleh bapa tiri ke Kabul, Afghanistan. Mereka telah ditinggalkan oleh bapa tiri mereka tanpa apa-apa  bekalan.


Berita ini telah sampai ke pengetahuan nenek mereka, Puan Rahima. Dengan bersusah payah nenek tua itu mencari mereka dan akhirnya membawa  mereka kembali ke Bamyan. Dalam keadaan umurnya yang  lanjut tidak  banyak yang dapat dilakukan oleh  nenek tua  itu. Mereka tinggal di dalam rumah gua yang tidak mampu melindungi daripada serangan musim sejuk.

Shukria, 6 tahun begitu ghairah sekali hendak ke sekolah. Adiknya Sakina 3, menghabiskan waktu siangnya bermain di atas batu pejal dan impikan hari yang penuh bahagia.

Nenek mereka berusaha sedapat mungkin membahagiakan cucu-cucunya. Nenek ini berada keadaan resah memikir keadaan cucu-cucunya. Dia cukup kesempitan wang. Kedatangan musim sejuk cukup meresahkan beliau. Antara membelikan makanan atau bahan api untuk melindungi daripada musim sejuk yang cukup menggigit mereka sekeluarga.

Hari ini Puan Rahima tidak lagi resah dan bimbang tentang masa depan cucu-cucunya. Semua keresahan dan kebimbangan telah dibunuh oleh badan NGO yang bernama  'Islamic  Relief' Australia

Islamic Relief mengambil tanggungjawab menghulurkan bantuan secara  tetap kepada anak yatim ini.
Sebuah rumah  sudah disediakan di atas bukit Bamyan untuk mereka. Dan mereka tidak lagi tinggal dalam gua yang usah itu.

Penyumbang  yang ada  memberikan laluan untuk Shukria mendapatkan pendidikan yang diimpikan selama ini. Adiknya Sakina dapat bermain di tempat yang selamat.

Alhamdulillah dengan berkat dan pertolongan yang dihulurkan oleh penderma dan penyumbang dua orang anak gadis ini boleh hidup selesa dan bahagia.


Alihbahasa oleh  Shakir   Taha

sumber asal: www.islamic-relief.org.uk/case-studies/left-alone-in-kabul/

Terima kasih juga Fadlullah Wilmot kerana membenarkan saya mengalihbahasa.

No comments:

Post a Comment