sponsor

Wednesday, 13 August 2014

Kami Terlalu Lama Dilamun Derita

Sosok yang berbadan  gempal ini pernah Aku temui ketika ke Menara setahun yang lalu

Dahulu ketika di Menara dia tidak berbicara langsung.Dia hanya senyum. Itu sahaja.

Tetapi kali Aku temu dia dengan watak yang berlainan. Dengan gaya Herman Tito atau Herman Pelikat(kain pelikat dibahu).

Dia mampu berbicara dalam Bahasa Melayu. Tapi ada kalanya terputus dan semacam terpaksa berfikir apa ayat yang hendak dilontarkan kepada kawan-kawan dari Malaysia.

Dia datang ke Universiti Sains Malaysia dalam rangka mencari ilmu kedamaian yang menurutnya perlu disemai di Patani Darussalam agar menjadi pohon beringin yang membesar, mengakar dan merimbun.

Agak menyedihkan bila dia bercakap tentang bahasa Melayu. Mereka sudah dijajah sekian lama oleh Siam Buddha yang secara agresifnya memaksa sistem pendidikan Siam keseluruh nadi dan urat saraf anak Patani. Jadi tidak hairanlah anak Melayu Patani begitu fasih dan lancar sekali berbahasa Thai.

Menurut Ustaz Idris yang juga seorang ahli perniagaan, anak Melayu Patani kurang mampu berbahasa Melayu baku. Tapi mereka masih boleh berbahasa Melayu dialek Patani. Dalam keadaan yang serba payah mereka  masih berusaha mempelajari Bahasa Melayu baku di Malaysia. Begitulah kata Encik  Ismail Haji Wancik seorang pengamal media di Ujung Selatan. Beliau peneraju utama 'WARTANI' sebuah ejensi berita di Ujung Selatan(Patani Darussalam)


Oleh  Shakir  Md Taha.


No comments:

Post a Comment