sponsor

Wednesday 23 July 2014

Ustaz Awang Ishak Seorang Pendakwah Yang Istiqamah

Lama sekali aku tidak bertemu dengan tokoh ini. Ustaz Awang Ishak anak kelahiran Kelantan cukup dikenali di daerah Tenom. Beliau bukan seorang wakil rakyat tetapi cukup dikenali kerana penglibatannya yang cukup aktif di sekolah, di mesjid dan surau.

Tenaganya cukup diperlukan dalam masyarakat.  Bila ada kenduri kendara, kematian, maulid, program agama, Ustaz Awang pasti ada. Beliau jarang sekali absen dalam seperti ini.

Walaupun sudah bersara, ada waktu khidmatnya diperlukan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tenom. Beliau tidak menolak untuk memberikan khidmat  baktinya yang diperlukan.  Selain dari itu beliau aktif mengajar agama di kampung-kampung di sekitar daerah Tenom.

Kini  Sang Ustaz menetap di Kampung Batu 90, Tenom, di sebuah rumah besar yang  tersergam indah bersama anak dan  isteri. Isterinya lebih mesra dengan panggilan Kak  Esah berasal dari Tenom, Sabah.


Oleh  Shakir  Taha

No comments:

Post a Comment