Ini bukanlah rumah Wak Karta yang sebenarnya. Di sebelah rumah ialah rumah Wak Karta yang sebenar. Rumah Wak sudah tiada. Di depan rumah Wak ada sawah luas terbentang. Pokok padinya menghijau. Padinya yang menguning.
Warta Karta telah pergi menemui Tuhanya pada tahun 2001.Al- Fatihah. Wak cukup ingat kepada Cikgu Masyar. Suatu pagi ketika aku berkunjung ke rumahnya, dia menunjukkan kad hari raya kiriman Cikgu Masyar. Masa itu aku masih di Sabah tetapi Cikgu Masyar sudah pulang ke Semenanjung. Wak tersenyum puas menatap kad kiriman Cikgu Masyar.
Isteri Wak. Nenek Saindah masih hidup lagi. Dia tinggal di Kampung Pantungan, Sapong, Tenom bersama anak perempuannya. Pendengarannya sudah kurang. Dia masih ingat lagi kepada Cikgu Masyar, Cikgu Mizi dan Cikgu Nazar. Berapa kali dia bertanya tentang Cikgu bertiga ini. Dia ingat sungguh kepada mereka ini.
"Kau kenal Cikuk Masar? Kau kenal Cikuk Miji? Soalan ini beberapa kali dilontar kepada ku. "Kau inik siapa? Ingat lagi kau kepada ku, sambil muka mendonggak ke wajah ku. Matanya terus terpaku kepada ku. "Kau ingat lagi kepad ku!" Ya, ingat lagi Nek."
Aku berasa puas dapat bertemu dengan Nenek Saindah setelah 27 tahun tidak bertemu. Beliau cukup gembira setiap kali kami bertandangan ke rumahnya. Terima kasih kepada sahabat saya Ustaz Awang kerana bersusah mencari rumah Nenek Saindah.
Oleh Shakir Taha

No comments:
Post a Comment