sponsor

Sunday, 13 September 2015

Rezeki Melambai Di Pantai Kuala Muda

Di sini Aku dilahirkan
Bersama angin
Bersama ombak
Aku dari laut.

Setiap hari nelayan melimpahkan hasil tangkapan mereka di tepi pantai. Rezeki mereka melimpah ruah.Kalau tidak angin kuat dan ribut tidak mengamuk pasti ada hasil tangkapan dibawa pulang.

Biasanya mereka membawa naik,ikan,udang dan ketam pada pukul 10.00 pagi. Waktu kemuncaknya pukul 11.00 pagi.Pembeli dan peraih sudah sedia menanti.
Di sini ikan cukup segar.







Di sini nelayan menjual ikan secara bisik.Mereka yang meletakan harga yang tertinggi akan menjadi miliknya. Ada jual pembeli yang membeli terus dari bot nelayan yang mendarat. Biasanya nelayan ini menjual ikan rendah sedikit daripada harga pasaran. Ada waktunya mereka kata 'sedekah'. Ada waktunya mereka 'kira lelong sahaja'

Mungkin anda yang tidak biasa dengan kaedah bisik ini merasakan sukar untuk bersaing dengan peraih ikan yang sudah berpengalaman.Anda boleh minta bantuan nelayan yang ada di situ. Mereka boleh membantu anda.








Ikan di sebelah kanan ini biasanya dibeli oleh suri rumah ataupun pembeli biasa.Anda perlu bijak 'membaca' harga ikan yang hendak ditawarkan dengan cara berbisik. Apapun harganya lebih murah daripada pasaran. Ikan cukup segar. Tidak ada bahan pengawet yang digunakan.
















Peraih dan pemborong biasanya orang Tionghua.Ada yang datang dari Bukit Mertajam,Kulim, Baling dan Perak. Mereka mempunyai pelanggan sendiri. Ada juga yang membekal kepada restoren di tempat masing-masing.


Oleh Shakir Taha















5 comments:

  1. Tak jauh dah dengan kampung tokwan kami, Kampung Bakau Tua, 1.5 km ja kot

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Cikgu, kalau cikgu ada kesempatan dan kelapangan, mohon cikgu tanya-tanyakan orang-orang sekitar Kuala Muda-Bakau Tua-Permatang Rawa yang tahu asal-usul tokwan kami seperti yang pernah kita bualkan dalam FB. Hanya ingin mengenali diri, cikgu. Saya rasa mungkin masih ada yang tahu sejarah Pondok Bakau Tua yang dikendalikan ayah-moyang saya Tengku Abdullah Lebar bin Tengku Muhammad Sa'ad dan Sheikh Muhammad Jusoh dari Kelantan. Jutaan terima kasih saya dahulukan Cikgu.

      Delete
  3. Replies
    1. Jutaan terima kasih kami dahulukan Cikgu Shakir... Moga Allah memberkati dan merahmati usaha cikgu ini, ameen..

      Delete