sponsor

Monday, 6 August 2012

Si Umar Anak Muda Menimba Ilmu Di Perantauan

Dia menghabiskan sebahagian daripada usia mudanya untuk menuntut ilmu. Sudah lebih 5 tahun beliau menuntut ilmu di Pondok  Kampung Gajah Teriak,Jitra,Kedah.

Selain daripada belajar beliau ditugaskan untuk menguruskan penempatan pelajar baru yang hendak masuk belajar di sini. Tidak ada yuran pengajian yang dikenakan. Pelajar cuma perlu R100.00 setahun untuk bayaran penginapan,eletrik dan air. Itu sahaja yang perlu dibayar. Umar Abd Hamid yang berusia 31 tahun ini berasal dari Satun(Setul) Selatan Thai. Beliau fasih berbahasa Melayu dan bercakap bahasa Melayu loghat Kedah dan Perlis.

Menurut Umar belajar di sini,pelajar tidak dipaksa untuk belajar.Mudir di sini sangat menekan tentang kesedaran diri. Kesedaranlah yang membawa kemajuan. Dan kerana kesedaran inilah Umar terus belajar tanpa jemu-jemu. Di sini semuanya perlu dibuat sendiri. Tidak ada kedai makan,tidak ada kedai dobi.Pelajar di pondok menyediakan sendiri keperluan makan pagi,tenghari dan malam. Suasana di sini tenang dan damai. Malamnya sejuk sekali kerana dikelingi pohon-pohon yang menghijau. Tetamu yang tidak diundang Sang Nyamuk pasti berkeliaran mencari mangsanya.

No comments:

Post a Comment