sponsor

Wednesday 15 August 2012

Solat Tarawih Di Fathoni

Solat sunat tarawih di Mesjid Jamek Fathoni sambutannya meriah.Bilangannya cukup ramai sehingga melimpah ke luarnya.Kaum muslimat juga tidak gementar atau takut dengan letupan bom yang berlaku di sana sini.

Menurut Ketua Pengarah Dewan Imam, Ma Samae,"saya rasa kebanyakan dari mereka memberanikan diri datang kerana angin berdoa kepada Allah dan memohon rahmat dariNya  serta memulihkan keamanan dan kemakmuran dalam negeri kami.".

Malah lebih ramai lagi yang berdoa agar Fathoni Darussalam bebas merdeka daripada penjajahan Siam.Fathoni Darussalam terdiri daripada lima wilayah iaitu Patani,Narathiwat,Setul,Singora dan Jala. Majoriti  penduduk di wilayah ujung selatan ialah orang Melayu Islam.

Kaum muslimat menunaikan solat tarawih ditanah lapangan perkarangan Mesjid Jamek Fathoni.






















Oleh Abu Rambairy

No comments:

Post a Comment