sponsor

Tuesday, 16 April 2013

Singgah Sebentar Di Dewan PERKASA


Sebelum  ke tapak Sheikh Daud  kami diundang oleh Tuan Hj Muhaimin Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Cu Leh. Beliau pengerusi PERKASA Patani Darussalam. PERKASA berhasrat menjadikan diri setandingan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka di Malaysia.

PERKASA mempunyai bangunannya sendiri yang dibangunan hasil dari tenaga dan keringat rakyat dan pemimpin Islam tempatan. Tidak ada bantuan daripada kerajaan Buddha yang berpusat di Bangkok.

Dewan dua tingkat cukup luas dan selesa.Ianya dlengkap dengan bilik mesyuarat,bilik rehat,setor buku dan bilik pameran buku.

Menurut PakCu Leh mereka menyediakan buku untuk wilayah lima di Negara Patani Darussalam. Lima wilayah itu ialah Patani,Menara,Setul, Singgora,Nibong(Jala).

Buku-buku yang dikeluarkan oleh PERKASA untuk keperluan TADIKA(sekolah Melayu).

Setakat ini  Dewan PERKASA belum lagi mengeluarkan bacaan seperti novel dan antoloji cerpen atau sajak. Saya perhatikan tahap bacaan dan sambutan terhadap buku-buku Bahasa Melayu masih rendah.

Saya tidak menemui sebuah bukupun di wilayah Patani atau Jala yang menjual buku bahasa Melayu dari Malaysia  ataupun Indonesia. Buku bahasa Inggeris jauh sekali.

Tapi yang menariknya di Dewan PERKASA  banyak mengeluarkan bahan bacaan dalam tulisan Jawi. Di sini tulisan jawi cukup popular. Saya kira di sinilah benteng pertahanan tulisan Jawi yang masih utuh di Nusantara  ini.

No comments:

Post a Comment