sponsor

Saturday, 13 April 2013

Bertemu Sdr. Ramadon Panjor


Dia anak muda yang senang didekati.Peramah. Dia berasal dari Setul(Satun kata orang Thai). Sewaktu bertemu beberapa bulan yang lalu dia memberitahu tidak lama lagi dia bakal menjadi seorang ayah. Anak muda yang berkaca mata berpakaian cukup simple kata orang putih.Aku tidak begitu dia lulusan universiti mana? Aku dengar macam Rajapat. Sebutannya tidak begitu jelas.Dia boleh berbahasa Thai dan Inggeris. Jadi sewaktu berbual dengannya Aku menggunakan Bahasa Ingeris kerana dia tidak boleh berbahasa Melayu kerana sistem pendidikan di Thailand yang begitu rupa. Umum mengetahui orang Melayu di Setul tidak pandai berbahasa Melayu.

Pemuda yang berjanggut lebat dan bermisai tebal begitu ghairah sekali berbincang tentang masalah di Patani Darussalam. Walaupun Bahasa Inggerisnya semacam keThailanan tapi aku masih boleh faham.Kata Sdr.Mansor Salleh, bapa Ramadon seorang senator.

Pertama kali Aku berjumpa dengannya di Universiti Putra Songkhla,Patani.Katanya dia membuat bermacam-macam kerja. Dia tidak menerangkan apakah kerja yang begitu bermacam-macam itu. Tapi sekarang tumpuannya kepada 'DeepSouth' sebuah NGO yang banyak meneliti dan memerhati konflik di Patani Darussalam.

Kali kedua Aku berjumpa dengan dia sewaktu bersarapan di kedai kopi. Dia tetap berbicara tentang masalah Patani juga. Bagaimana Patani boleh menjadi wilayah yang aman damai.Konflik ini sudah berlarutan sudah 9 tahun tanpa penyelesaian.Rambutnya yang hitam sudah mulai ditumbuhi uban.Tentunya dia banyak berfikir sehingga dalam usia yang begitu muda dipenuhi dengan uban di kepala.

Sewaktu berbual dengannya dia begitu murah dengan senyuman dan ketawa.Bagusnya Si Ramdon ini dia menyalahkan sesiapa ataupun berkata yang tidak enak didengar tentang mana-mana pihak.Dia begitu berhati-hati sekali berbicara mungkin kerana kami orang luar!

No comments:

Post a Comment