sponsor

Monday 15 April 2013

Pesan Dari Patani


Wan Mustafa telah berjaya melepaskan dirinya daripada tahanan Siam.Ayahnya Tuan Guru Wan Haji dan beberapa orang ditahan oleh poli stentera Siam atas tuduhan menentang kerajaan Siam.

Beliau telah lari ke hutan. Selama tiga hari tiga  malam meredah hutan belantara. Tidak sebutir nasipun masuk perutnya.

Dia memberi tahu," Saya bukan lari dari perjuangan, saya bukan takut, saya bukan berniat meninggalkan kewajipan..." Ucapan itu dilontarkan dengan  penuh semangat.

Beliau berkata lagi, "Dengan bersumpah kepadaTuhan disaksikan oleh darah saya sendiri yang saya hisap  dari hujung jari saya ini di waktu lapar dan dahaga di tengah-tengah hutan yang lebat, saya akan berjuang terus, berjuang sampai  cita-cita tercapai, sampai kezaliman dan penindasan tersingkir daripada penanggungan bangsa saya yang diselubungi gelap-gelit itu.."

Nama watak ini, Wan Mustafa Bin Wan Haji seorang pejuang yang telah berjaya melepaskan diri daripada tahanan Siam. Beliau sampai di sempadan Malaysia dalam keadaan yang cukup menyiksakan. Beliau telah dijumpai oleh Hasan dalam keadaan tidak sedarkan diri.Hasan telah menyelamatkan dia.

"Saya ke mari  hanya menyampaikan pesan sahaja,pesan daripada ketua-ketua saya di sana kepada saudara di sini mengatakan bahawa sekarang telah mulai menempuh zaman pemberontakan. Akan memberi bukti dankenyataan bagi kehendak sejarah bahawa kekerasan mestilah dilawan dengan kekerasan, dan memenuhi panggilan ibu pertiwi yang telah berabad-abad tertindas dan diperhamba.

Masalah dan perjuangan umat Islam di Patani telah lama disuarakan oleh Keris Mas,sasterawan negara. Cerpen ini ditulis pada 14 Mac,1948 dan telah disiar dalam "Utusan Zaman"

No comments:

Post a Comment