sponsor

Wednesday, 3 January 2018

Mencari Permata Yang Hilang

Beberapa tahun yang lalu kami pernah bertemu dengan Baba Lufti di pondoknya,Sela Anak Ayam,Jeringa, di wilayah Menara Hujung Selatan. Tubuh badannya kecil. Kulitnya kuning langsat.Lemah lembut tutur katanya. Sentiasa senyum bila berbicara. Tidak pernah membahasakan dirinya sebagai 'Baba'.

Kami tidak kekok berbicaranya dengannya.Beliau sangat senang sekali menerima tetamu. Kami dilayan dengan cukup mesra.

Di pondok beliau terdapat ratusan manuskrip Melayu lama,Al-Quran tulisan tangan dan artifak. Beliau cukup sayang kepada khazanah bangsa Melayu Islam.

Beliau bimbang bahan-bahan berharga ini akan rosak dan binasa. Tempat beliau tidak muat untuk mengisi khazanah ini.

Dengan bantuan pihak kerajaan Turki,Thailand dan Malaysia dapat lah dibangunkan muzium yang  memakan  belanja 142 juta Baht. Ianya dijangka pada pertengahan tahun 2018.

Menurut Baba Lufti, muzium ini direka bentuk menurut seni bina Melayu dan Thailand. Tugas mereka bentuk muzium ini diserahkan Universiti Putera Songkhla.

Masjid Lama di Teluk Manok,Menara ada pengaruhinya terdapat senibina muzium di Pondok Sela Anak Ayam yang dalam proses pembinaan.

Cita-cita dan impian Baba Lufti serta pencinta khazanah alam Melayu akhirnya menjadi kenyataan dengan tertubuhnya  muzium ini.


Oleh Shakir Taha
Gambar oleh Shakir Taha.

No comments:

Post a Comment