Penyair 'Burung Merah',W.S. Rendra pernah berkata,
Jangan kamu bilang negara ini kaya
kerana orang-orang miskin berkembang di kota dan di desa.
Jangan kamu bilang dirimu kaya
kalau tetanggamu makan bangkai kucingnya
(Di Malaysia tetangga makan nasi basi)
Perjalanan ke Gerik bersama NGO Wargakilang cukup menarik. Aku tumpang kereta Ir.A.Wahab Isa yang selalu jarang absen dalam program Jalan-Jalan Masuk Kampung. Kehadiran kaum dzu'afa adalah kebijaksanaan Allah yang Maha Esa. Kata peribahasa Melayu,'Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu.' Mereka ada di sepanjang sejarah manusia.
Mak Cik Leha(gambar di atas) begitu berterima kasih sekali kepada kumpulan Wargakilang dan terus berdoa kepada Allah agar semua murah rezeki dan selamat dunia akhirat. Kata alim ulama doa kaum dzu'afa cepat dimakbulkan Tuhan. Amin.
Ir.A. Wahab.(kiri)
Seperti kata W.S. Rendra, "Bila kamu remehkan mereka
di jalan kamu akan diburu bayangan
Tidurmu akan penuh igauan."
Kami bertemu dengan Pak Ali yang mengusahakan ternakan madu kelulut di kawasan rumahnya. Di samping itu dia juga rajin masuk hutan untuk mencari madu tualang. Dia cukup rajin tetapi pendapatannya masih dipinggiran.
Beliau menjual madu tualang sebotol dengan harga RM60.00.Kandungan madu lebih kurang 345 ml. Saya sempat bertanya kepada peserta yang turut dalam program ini kenapa dia membeli madu ini? Katanya, "saya sekadar membantu. Harga itu tidak mustahak." Bukankah dengan membantu insan ini seperti mewujudkan hubungan baik semasa insan dan ganjaran pahala daripada yang Maha Berkuasa?
Kami singgah makan tengahari di asrama anak-anak yatim Gerik. Namanya Yayasan Ummu Salamah. Ianya terletak di Lot 2877, Jalan Air Ganda,Kampung Air Panas,Gerik, Perak Darul Ridwan. Pengasasnya Sdr. Mufahuddin Bin Abd. Razak. Dia bertugas sepenuh masa di sini. Menurut Sdr.Mufahuddin terdapat 31 orang anak yatim di sini. Ada asrama perempuan yang lengkap. Tetapi asrama lelaki yang khusus belum siap lagi kerana masalah kewangan dan sebagainya.
Wajah seorang tua. Tok Leha sedang berdoa. Amin
Sumbangan yang diterima begitu banyak sekali. Semuanya untuk para dzu'afa. Mereka cukup terharu dengan kedatangan dan sumbangan daripada NGO Wargakilang sehingga ada yang menitiskan airmata.
Di bawah rumpun bambu ini Aku bertemu dengan seorang pemuda yang bernama "Man". Dia telah menanam berekar serai setelah disasarankan oleh sebuah agen kerajaan. Tetapi setelah tiba masa untuk dipasarkan, pegawai yang berjanji itu tidak kunjung tiba. Serainya terbiar kerana tidak mampu memasarkannya. Mungkin kerana kedinginan dan ketenangan Tasik Kendering "Man" menjadi tenang dan sabar atas segala cubaan ini.
Di sinilah destinasi terakhir kami. Berlatarbelakangkan Tasik Kendering yang airnya tenang dan damai kami bergambar beramai-ramai.
Dalam hubungan ini Aku teringat pada tulisan Christopher Collier dalam buku 'Development, NGOs and Civil Society(2002). Beliau berkata, "The direct provision by NGOs of goods and services must not lead poor people to expect of their government. On the contrary, NGOs projects should promote popular organisation and the capacity of poor people to assert their claims to public resources and to hold government accountable. Such projects should also help government to understand the needs and capacities of its population, and become more capable of serving it."
Oleh Shakir Taha