sponsor

Tuesday, 10 July 2018

Kedai Bebas Racun

Aku singgah di kedai ini. Kedai ini menjual barangan seperti sabun,buah-buahan, minyak kelapa dara,ais krim,minuman dan sayur-sayaran. Kedai ini terletak tidak jauh daripada stesen keretapi Hat Yai.

Barangan yang djual dikedai ini dikatakan bebas racun dan organik. Harganya tidaklah semahal di Malaysia.Contohnya sabun minyak kelapa dara dijual dengan harga 800 bath kira-kira RM12.00. Di Malaysia harganya mencecahkan RM15.00 hingga RM22.00 bagi 100 gm.

Jadi tidak hairanlah bila seorang pelancong berbangsa Tionghua berkata, "Apapun murah di Hat Yai ma.".

Semua produk yang dijual di sini 'made in Thailand'. Ada juga produk halal yang dijual di kedai ini seperti kopi dan gula kabung.

Menarik juga kalau ada kedai seperti ini di Malaysia.Di Malaysia ada barangan organik dan mesra alam tapi barangannya dibawa masuk dari luar negara.

Oleh Shakir Taha

Komuniti Penulis Patani( KOPI)

Komuniti Penulis Patani atau KOPI ditubuhkan oleh lepasan mahasiswa universiti tempatan dan luar negera baru-baru ini. Menurut  Pengerusi Bunga Raya, Sdr.Hassan Thola KOPI memerlukan sumbangan bahan bacaan seperti novel,buku-buku ilmiah,agama dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Menurut Sdr.Hassan buku-buku dalam bahasa sukar diperolehi di Thailand dan harganya agak mahal bagi KOPI untuk membelinya.

Pihak KOPI juga sedang melancarkan kempen membaca bagi anak-anak Patani di Thailand Selatan.Diharapkan dengan adanya sumbangan daripada dermawan akan memarakkan lagi budaya membaca di Hujung Selatan Thailand.

KOPI juga turut disertai oleh anak muda yang amat berminat dalam bidang penulisan


Oleh Shakir Taha.

Nota: Untuk sumbangan buku-buku sila emel:
shakirtaha@gmail.com.



Monday, 9 July 2018

Abang Haris Tut Tut Hat Yai Yang Pemurah

Kami tidak pernah kenal Abang Haris. Tidak pernah dengar namanya.Tidak pernah tahu dia pemandu tut-tut.

Pagi itu kami hendak bersarapan. Dengan melemparkan senyuman dia mempelawa kami naik ke tut-tutnya.Tak perlu bayar apa-apa. Dia menghantar kami ke kedai dalam jarak 500 meter.

Beliau berasal dari Nad Tanjung. Katanya dia kawan baik Ustaz Usman Nad Tanjung yang menguruskan rumah anak yatim di Nad Tanjung.

Kami sampai di kedai makan.Dia terus bergerak dan menghilang dalam kesibukan kota.








Oleh Shakir Taha


Perjalanan Pulang Dengan Keretapi Thailand

Kami menaiki keretapi dari Hat Yai ke Padang Besar. Hari itu Ahad. Memang ramai pelancong Malaysia berkunjung ke Negara Gajah Putih ini.
Keretapi yang berulang-alik ke Padang Besar ada yang berhawa dingin dan masih menggunakan kipas angin.

Tempat duduknya bernombor. Siapa yang tiada nombor terpaksa berdiri sepanjang perjalanan selama 40 minit.Pengawal keselamatan stesen keretapi boleh berbahasa Inggeris.Mereka cukup mesra pelanggan.

Dalam keretapi Thailand masih ada orang berjualan makanan dan minuman. Cuma perlukan pastinya halal ataupun tidak. Kebanyakan penjual orang Thai Buddha. Suasana sebegini tidak lagi kelihatan dalam keretapi di Malaysia.KTM.Suasana begini kelihatan kelihatan pada tahun 60an sehingga 70an. Yang terkenal jualannya ialah karipap.

Ada keretapi Thailand yang masih menggunakan kipas angin. Kekuatan kipas tidak mampu menghilangkan kepanasan dalam keretapi. Penumpang tetap sentiasa duduk selama 40 minit.

Di pejabat imigresen Thailand penuh sesak dengan penumpang beratur untuk mengecop paspot.Perkara yang sama juga perlu dilakukan di imigresen Malaysia.

Ada yang pulang dengan menaiki ETS ataupun komuter.


Oleh Shakir Taha