Memaparkan perjalanan seorang insan yang mendengar dan melihat segala cerita,berita,derita ,peristiwa yang berkocak, bergolak dan berdarah.
sponsor
Wednesday, 19 October 2011
Wednesday, 12 October 2011
Menziarahi Sang Murabbi
Usianya sudah menjangkau 73 tahun.Sosok yang diserang penyakit kencing,darah tinggi dan jantung tidak sedikitpun mematahkan semangat untuk menabur bakti kepada masyarkat.
Beliau terus berkecimpung dalam arena bersara wajid dalam pendidikan. Semasa bertugas di Pulau Pinang beliau menerima anugerah Guru Cemerlang.Di Pulau Pinang jugalah beliau memimpin dan menerajui ABIM Pulau Pinang selama dua dekad.
Di Perak beliau menerima anugerah 'Tokoh Maal Hijrah". Dalam usia senja beliau masih mampu mengajar di sekolah menengah agama di kampungnya,Terong Batu 9,Taiping.Dato' Paduka Abdul Majid Zainal Abidin tidak pernah kenal absen dalam berdakwah kepada masyarkat.
Shakir Taha,Bukit Mertajam.
Saturday, 8 October 2011
NYANYIAN YANG MEMUALKAN
Sekali lagi sidang bersidang
Suara bangsawan yang memualkan dan meloyakan
Diangkat kaum koperat keparat ke pesada
Kaum miskin sekali melarat
Nyanyian bumi semakin bejat
Tidak sampai ke darjah langit.
Bumi Malaysia tersilau
Ini hanya fatamorga
Dendang tari sudah dipalu
Nanti hari yang dinanti.
Mereka melayangkan kepalsuan ke alam maya.
Shakir Taha, Bukit Mertajam.
Suara bangsawan yang memualkan dan meloyakan
Diangkat kaum koperat keparat ke pesada
Kaum miskin sekali melarat
Nyanyian bumi semakin bejat
Tidak sampai ke darjah langit.
Bumi Malaysia tersilau
Ini hanya fatamorga
Dendang tari sudah dipalu
Nanti hari yang dinanti.
Mereka melayangkan kepalsuan ke alam maya.
Shakir Taha, Bukit Mertajam.
Thursday, 6 October 2011
Monday, 3 October 2011
Aku Ini Binatang Jalang
Dahulu semacam tak kisah sangat bila membaca puisi Chairil Anwar ini. Beliau menyebut,"Aku ini binatang jalang......
Aku telah membaca sajak ini sejak tahun 80an lagi. Cikgu sastera aku kata sajak ini bagus. Aku sebenarnya malas hendak berhujah dengannya. Aku fikir ini tidak betul. Mana mungkin mengaku binatang. Kita manusia. Tuhan menjadikan kita sebagai makluk yang sebaik-baik kejadian.
Chairil tokoh besar dari Indonesia. Orang Barat memuji Chairil Anwar sebagai hebat dan sebagai. Dalam hal ini tentunya orang Belanda kata bagus.Bagus kerana dalam falsafah hidup orang Barat trajedi adalah sebahagian daripada budaya hidup mereka. Jadi bila ada orang seperti Chairil Anwar berkata begitu, maka orang Belanda pun cukup gembira. Gembira kerana Chairil adalah seperti mereka .
Kenapa sampai menjatuhkan martabat sebagai binatang sedangkan Tuhan menjadikan kita sebagai manusia!
Bukankah ini sudah menghina Tuhan? Anda fikirlah sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)