sponsor

Sunday 26 February 2012

Pahlawan Sunyi Mendidik dan Memimpin

Dia bekerja di sini bukan untuk mencari makan.Di sini dia mendidik anak bangsa agar mereka mengenal jatidiri.Elaun yang diberi tidak digunakan untuk diri. Dia menggunakan elaun itu untuk keperluan tadika yang sangat memerlukan dari segi fizikalnya.

Anak-anak di sini diajar Bahasa Melayu dan tulisan jawi dan rumi. Masanya bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi.Kelas juga diadakan di sebelah petang.

Elaun yang diberi kepada guru antara RM40-70.Guru-guru yang berkhimat di sini bertugas tanpa memikir soal imbuhan. Apa yang penting mereka dapat memberikan khidmat yang terbaik untuk membangunkan anak bangsa.

Mudir tadika ini Tuan Hj Ibrahim(berbaju biru) berkata,"Pihak pemerintah Thai ada memberikan bantuan kewangan.".Bagaimanapun bantuan itu tidaklah dapat menampung seluruh keperluan untuk menghidupkan tadika. Di sinilah masyarkat memainkan peranannya. Sokongan dan dokongan waris cukup padu.

Pihak tadika hanya mengutip yuran sebanyak RM1.00 sahaja daripad ibu-bapa.

Guru-guru di siniberkhidmat bekerja sepenuh hati. Tidak ada sebarang publisiti untuk mereka. Mereka bekerja jauh dari kebisingan kota. Mereka adalah pahlawan bangsa.

No comments:

Post a Comment