sponsor

Sunday, 29 April 2012

Mimpi Seorang Ayah,Rezeki Anak-Anak

Beliau impikan sebuah rumah yang besar dan selesa yang dapat memberikan keselesaan kepada keluarganya.Beliau berdoa kepada Tuhan supaya siang dan malam agar dapat mendirikan rumah yang selesa untuk anak-anak,isteri dan dirinya sendiri.Selama ini beliau dan keluarga berteduh di sebuah pondok yang didirikan diatas tanah pusaka ayahnya.Di pondok inilah dia membesarkan tiga orang anaknya. Sakinah yang sulung berusia 11 tahun.Beliau seorang pelajar yang cerdik.Sayangnya kerana dihimpit kemiskinan beliau tidak mampu meneruskan persekolahannya. Penderitaannya  selama ini mendapat perhatian daripada WARGAKILANG sebuah NGO yang perihatin 


Mereka telah menyumbangkan keperluan bagi Encik Ruslan Bin Abdul Rahman 43 tahun daripada Kampung Kuala Beris,Sik,Kedah. Rumah yang memakan belanja sebanyak RM9 000.00 telah 90% siap oleh Encik Ruslan sendiri.

Menurut Encik A.Wahab daripada WARGAKILANG, mereka mementingkan masa depan anak-anak Ruslan yang tiga beradik itu.Sakinah seorang murid cerdas dan pintar.Lingkaran kemiskinan yang membelit Ruslan selama ini tidak lepas daripada perhatian WARGAKILANG. Mereka telah mengusahakan supaya adik Sakinah Binti Ruslan dapat meneruskan persekolahannya semula.Dengan inisiatif WARGAKILANG minda Encik Ruslan dapat melihat kepentingan pendidikan kepada anaknya Sakinah.

Menurut Encik A. Wahab lagi, rumah ini apabila siap sepenuhnya akan memakan belanja sampai RM 12 000.00. Ini termasuklah api dan air.Setakat ini pihak WARGAKILANG berpuas hati dengan kerja-kerja yang dibuat oleh Encik Ruslan dalam proses mendirikan rumahnya.

Encik A.Wahab akan 'turun' sendiri untuk menyeliakan perkembangan rumah Encik Ruslan ini.Kedatangan Encik A. Wahab dan kawan sentiasa disambut dengan senyuman penuh mesra. 

Oleh Shakir  Taha

Thursday, 26 April 2012

Sungai Beres dan Pondok Haji Ahmad Nahu

Sewaktu melawat pondok Hj Ahmad Nahu Aku sempat melihat Sungai Beres yang mengalir lesu.Air sungai ini sudah tidak jernih lagi seperti beberapa tahun yang lalu.

Menurut seorang bekas murid di situ yang kini tinggal di Sarawak,sungai ini menjadi tempat mandi mereka.Selepas kuliah tengahari pasti terjun mandi sungai.

Waktu itu air sungainya jernih bersih. Sejuk dan nyaman.

Tapi kini air sungai itu sudah bertukar warna. Sudah tidak nenarik lagi.Tak ramai pelajar yang suka mandi di sungai.Warna sungai sudah seperti teh susu.

Sekali sekala bila ada pelawat yang datang ke sini,mereka turun mandi di sungai ini. Hanya sekadar menikmati kesejukan air sungai.

Sungai ini menjadi tidak seri selepas pembinaan Empangan Beres.Lumpur dari empangan ini telah mencemarkan kesucian Sungai Beres.

Sungai Beres sudah tidak berseri lagi dan mampu memikat hati pelawat yang datang ke sini.


Oleh Shakir Taha

Baba Ismail Sepanjang @Ustaz Ismail Sepanjang

Perjalanan ke Yala dan Patani dengan pertolongan Allah tidak terlalu payah.Aku ke sana bersama Ustaz Kamaruddin yang cukup mahir lorong dan jalan di sana.Semua simpang-siur dihafal sungguh.Aku tidak memerlukan sebarang alat yang canggih.Ustaz Kamaruddin lebih arif daripada yang alat yang aku bawa.

Di Yala dan Patani kami sentiasa disambut oleh NGO di sana. Merekalah membantu kami semasa di sana.

Dalam lawatan ke Patani kami singgah di Mesjid Patani.Di sini Ustaz Wan Ismail Wan Omar mengajar kitab setiap minggu.Sambutan penduduk tempat cukup menggalakkan.   
Kelihatan warga emas sarat memenuhi ruang lingkup masjid jamek itu. Malahan sambutan anak muda tidak kurang hebat.

Di Patani Darussalam(dahulunya sebuah negara merdeka) Ustaz Wan Ismail lebih dikenali dengan panggilan 'Baba Ismail Sepanjang'. Beliau baru mencecah usia 55 tahun berasal dari Kampung Sepanjang. Beliau mendirikan pondok di kampungnya dan mengajar di situ.

Selain mengajar di pondok,beliau membaca kitab di Mesjid Besar Patani dan Yala.Aku sempat mengikuti kuliahnya di Patani dan Yala. Orangnya berkulit kuning langsat,berkaca mata,lemah lembut tuturkata. Fasih berbahasa Melayu dan Arab. Sepanjang mengikuti kuliahnya di Yala ataupun Patani tidak pula kedengaran beliau menggunakan bahasa Siam dalam penyampaiannya.Untuk berjumpa dengan mudah sekali.Selesai kuliah terus pergi jumpa,tidak ada sebarang protokol yang perlu diikuti.


Oleh Shakir Taha Al-Filfilan

Monday, 23 April 2012

LAGU SEPI DAN SUNYI DI SEKITAR MESJID KERISEK PATANI DARUSSALAM

Sebelum peristiwa hitam berdarah 2004.Mesjid Kerisik sentiasa menjadi tumpuan para pelancung di dalam dan di luar negeri.

Tapi kini di sekitar Mesjid Krisik seperti negeri dilanggar garuda.Banyak kedai yang ditutup.Peniaga di sini ramai yang melarikan diri ke tempat dan ada yang berpindah ke Malaysia.