Beliau impikan sebuah rumah yang besar dan selesa yang dapat memberikan keselesaan kepada keluarganya.Beliau berdoa kepada Tuhan supaya siang dan malam agar dapat mendirikan rumah yang selesa untuk anak-anak,isteri dan dirinya sendiri.Selama ini beliau dan keluarga berteduh di sebuah pondok yang didirikan diatas tanah pusaka ayahnya.Di pondok inilah dia membesarkan tiga orang anaknya. Sakinah yang sulung berusia 11 tahun.Beliau seorang pelajar yang cerdik.Sayangnya kerana dihimpit kemiskinan beliau tidak mampu meneruskan persekolahannya. Penderitaannya selama ini mendapat perhatian daripada WARGAKILANG sebuah NGO yang perihatin
Mereka telah menyumbangkan keperluan bagi Encik Ruslan Bin Abdul Rahman 43 tahun daripada Kampung Kuala Beris,Sik,Kedah. Rumah yang memakan belanja sebanyak RM9 000.00 telah 90% siap oleh Encik Ruslan sendiri.
Menurut Encik A.Wahab daripada WARGAKILANG, mereka mementingkan masa depan anak-anak Ruslan yang tiga beradik itu.Sakinah seorang murid cerdas dan pintar.Lingkaran kemiskinan yang membelit Ruslan selama ini tidak lepas daripada perhatian WARGAKILANG. Mereka telah mengusahakan supaya adik Sakinah Binti Ruslan dapat meneruskan persekolahannya semula.Dengan inisiatif WARGAKILANG minda Encik Ruslan dapat melihat kepentingan pendidikan kepada anaknya Sakinah.
Menurut Encik A. Wahab lagi, rumah ini apabila siap sepenuhnya akan memakan belanja sampai RM 12 000.00. Ini termasuklah api dan air.Setakat ini pihak WARGAKILANG berpuas hati dengan kerja-kerja yang dibuat oleh Encik Ruslan dalam proses mendirikan rumahnya.
Encik A.Wahab akan 'turun' sendiri untuk menyeliakan perkembangan rumah Encik Ruslan ini.Kedatangan Encik A. Wahab dan kawan sentiasa disambut dengan senyuman penuh mesra.
Oleh Shakir Taha
Perhatian untuk semua. Pihak NGO Wargakilang Tidak pernah mengumpul sebarang dana untuk semua altivitinya.Semua sumbangan yang disampaikan adalah daripada wang saku NGO Wargakilang.
ReplyDeleteEditor Kembara Khalifah