sponsor

Tuesday, 1 May 2012

Sehari di Pulau Temblang

Inilah kali pertama aku ke wilayah Satun yang dahulu dikenali dengan nama Setul.Setelah Setul ditawan oleh Siam, nama Setul telah diubah kepada Satun.Satun terletak di pantai barat Selatan Thailand.

Aku bersama keluarga dengan kereta menuju ke Setul melalui pintu masuk Wang Klian. Di Wang Klian ada banyak gerai yang menjual makanan ringin,alatan rumah hinggalah  beras Siam yang cukup terkenal. Pada hari minggu Wang Klian dihujani dengan pelancong dari pelusok negara.

Ketika minyak masak yang berjenama seperti "Sri Murni dan keluaran FELDA hampir kering di pasaran tempatan tetapi di Wang Klian(Siam) keadaan disebaliknya. Harganya lebih mahal di sini. Ini sahajalah dua jenama banyak kelihatan. Di Yala pun serupa.Minyak dua jenama inilah yang banyak kelihatan di pasar    
sehari. Mungkin kerana itulah minyak masak jenama ini 'cepat habis' di pasaran tempat.Tidaklah dapat dipastikan.

Di Pulau ini terdapat 400buah rumah milek orang Melayu.Dua buah mesjid. Mesjid lama sudah jadikan sekolah agama.

Penduduk di sini semuanya boleh berbahasa Melayu dialek Kedah dan Pulau Pinang.Warga emas yang tinggal di Pulau Pinang tidak boleh berbahasa Thai. Mereka ini ada yang dapat daripada  Balik Pulau dan Tajung Tok Kong,Pulau Pinang. Secara bergurau Kak di pulau ini memberi tahu semua anaknya menjadi 'tentera laut'. Maksudnya mereka menjadi nelayan. Pulau Temblang tenang dan damai.Hembusan angin laut yang mengusap di muka menyebabkan aku terlena seketika selepas menunaikan solat zohor.


Oleh Shakir Taha Al-Filfilan

No comments:

Post a Comment