sponsor

Tuesday, 8 May 2012

Sepagi Di Teratak Rahmat

Bila terbaca kisah anak yatim/miskin dihimpit derita dan kepayahan hati ini menjadi resah apabila membaca surah Al-Maa'uun.Banyak pertanyaan  dan persoalan yang menari-nari dalam fikiran. Jadi adalah lebih baik penulis pergi sendiri bertanya khabar. Dan ada rezeki untuk ke sana bersama Ir.Wahab Isa dari Wargakilang. Wargakilang yang sering menghulurkan sumbangan kepada mereka yang dihimpit derita.        

Kami rasa ada baik mengenali mereka secara lebih dekat lagi.Selama ini hanya berkomunikasi melalui telefon. Aku telah memaklumkan tentang kedatangan kami kepada Ustaz Azwar.Teratak Rahmat rupanya terletak di Dewan Persatuan Al-Islah km1.2,Jalan Mata Ayer,02500 Mata Ayer,Perlis. Kami pada mulanya mencari papan tanda 'Teratak Rahmat'. Tidak ada papan tanda penunjuk arah. Paling mudah bertanya pada orang.Benar seperti kata orang tua-tua," segan bertanya sesat jalan".Oleh kerana maklumat  di mana letaknya tidak jelas,kami agak tersasar sedikit.Tetapi tidak jauh.Kami berhenti di Mesjid  As-Syakirin lalu menelefon Ustaz Azwar. Dia datang bersama seorang lelaki berambut pendek dan berbadan gempal.

Lelaki yang berbadan gempal itu cukup peramah.Kami cukup selesa dengan cara 'PR'nya.Dengan senyum dan ketawa kami di bawa ke Teratak Rahmat. Lalu Ustaz Azwar memkenalkan kepada kami lelaki itu ialah Dr.Hazman ahli lembaga pengelola Teratak Rahmat.Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia.

Menurut Ustaz Azwar di sini terdapat anak yatim dan miskin.Berlatarbelakang peribadi yang kacau dan berkecamuk tidak hairan ramai anak didik di sini yang tidak pandai membaca dan penulis.Tetapi berkat tekun dan sabar mengajar dan memimpin mereka,akhirnya anak-anak di sini sudah pandai menulis,membaca dan mengira.

Dalam perbualan kami dengan Ustaz Azwar dan Dr.Hazwan tidak ada perancangan khusus menjadikan Dewan Islah ini sebagai Pusat Jagaan. Pada mulanya atas keperihatin  Ustaz Azwar anak-anak yatim dan miskin tinggal di rumahnya.Tidak ramai.Dua tiga orang sahaja.Tetapi bila bilangannya bertambah, ada yang mencadangkan supaya Dewan Islah digunakan.Lagi pula Dewan hanya digunakan 2 kali seminggu. Maka kerana itulah Dewan itu dimanfaat untuk anak-anak yatim dan miskin sebagai tempat mereka berteduh dan menumpang kasih.

Kebanyakan alatan,perkakas dapur,van dan sebagai disumbangkan oleh warga yang perihatin.Semuanya masih dalam keadaan elok kecuali van serbaguna yang sudah uzur dan perlukan pengganti baru.InsyaLlah mungkin tidak lama lagi adalah penggantinya.
Inilah ruang atas tempat anak-anak Teratak Rahmat belajar dan mengulangkaji pelajaran mereka.Lihatlah keadaan meja tulis yang kelihatan dimakan usia.Tetapi inilah yang ada bagi mereka.Dan mereka menerima dengan seadanya.





Cuma yang keadaan merisaukan ialah keadaan keselamatan.Menurut Jabatan Bomba 'partition' yang dibuat daripada kaju tidak disesaui dan bahaya dari segi keselamatan.Dan kerana itu perlu digantikan dengan bahan kalis api. Ini semuanya memerlukan wang.Dan jumlahnya cukup besar.Sekali lagi soal wang menghantui dan meresahkan Ahli Lembaga Pengelola.Tidak ada wang cukup macam-macam boleh terjadi. Yang penting soal anal-anak di sini      perlu diselamatkan.

Sama-samalah kita membantu dan menghulur seberapa yang ada.Mungkin saudara merasakan sumbangan yang diberikan itu tidak seberapa tetapi amat besar nilai bila terkumpul.Sedikit-sedikit,lama-lama menjadi menjadi bukit.Jangan lupa membaca kisah burung pipit membantu Nabi Ibrahim semasa dibakar oleh raja yang zalim.


Oleh Shakir Md Taha




1 comment:

  1. Senarai Rumah Anak Yatim/Tahfiz/ Sekolah Agama & Badan Amal Di Perlis 🏴

    https://kualaketildhomestay.blogspot.com/2022/02/senarai-rumah-anak-yatim-dan-tahfiz_37.html?fbclid=IwAR2G0ddz_TSu9KeXvkJ3XnWerq0xZ26FqZJ_fq18pjuCVYMjEuG-qiIMBqQ

    #anakyatim
    #tahfiz

    ReplyDelete