sponsor

Friday, 11 May 2012

Tiada Rotan,Akarpun Jadilah

Van ini masih lagi digunakan oleh rumah anak yatim,Teratak Rahmat.Menurut Ustaz Azwar ini adalah van serbaguna.Van ini sudah lanjut usianya.Tetapi masih belum pencen.Ia terus bekerja kerana khidmat baktinya diperlukan.Inilah yang mampu dilakukan sementara menanti pengganti entah bila akan datang.Benar ada satu van lagi. Van itu digunakan untuk menghantar  pelajar-pelajar ke sekolah. Bairpun van tua ini sekali sekala sempot di tengah jalan tetapi prestasi cemerlangnya sukar diketepikan.Dan van ini terus memberikan khidmatnya seada mungkin.

Inilah bilik gimnasium Teratak Rahmat.Alatannya tidak dibeli di supermarket. Tidak juga dibeli di kedai alatan sukan yang besar dan mewah.Ianya hasil kreativiti Ustaz Zulkifli salah seorang sukarelawan yang bertugas di sini.Jadi anak-anak di sini dapat juga menggunakan alatan untuk membina kekuatan otot-otot mereka.Tentunya alatan ini tidak secanggih alatan Malek Noor.Mungkin kalau Malek Noor melawat ke sini,dia berminat menyumbangkan sedikit alatan seperti 'bench','barbell' ataupun 'dumbell'.Kita hanya berdoa.InsyaLlah. 

Meja tulis yang digunakan oleh pelajar-pelajar Teratak Rahmat.Mereka tetap gembira dengan apa yang ada.Biarpun kelihatan lusuh tapi badan dan kakinya masih kukuh lagi.Mungkin ada insan yang sudi mendermakan kerusi dan meja yang seri wajahnya.





Oleh Shakir Taha

No comments:

Post a Comment