Gambar di sebelah kanan ialah Saudara Azwar Ibrahim.Beliau adalah urusetia Teratak Rahmat.Rumah anak yatim ini keadaanya sangat gawat. Gawat dan runcing dari segi kewangan.Akta bomba perlu dipatuhi. Semua ini memerlukan wang. Sumber kewangan ada tidak mencukupi. Wang diperlukan sangat-sangat. Persoalan inilah yang menghantui pemikiran AJK Teratak Rahmat.
Anak-anak ini perlukan tempat yang selesa. Di sinilah mereka makan,tidur dan membuat ulangkaji pelajaran. Mereka tidak ada tempat lain.Inilah tempat mereka ketawa,bergurau dan menangis. Mereka juga resah kalau-kalau tempat mereka berlindung dan bermanja selama ini terbengkalai dan akhir terpaksa berpindah ke tempat.
Menurut Azwar Ibrahim setakat ini,sumbangan yang diterima berjumlah RM25 000.00.Pihaknya masih mengharapkan bantuan dan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan projek yang keseluruhannya berjumlah RM50 000.00.
Anda bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun Teratak Rahmat.
Nama bank: Bank Muamalat.
No. akaun: 0901-0019362-72-9
Sumbangan Anda semua besar ertinya!
Oleh Shakir Taha
No comments:
Post a Comment