sponsor

Sunday 13 May 2012

Aktiviti Di Pondok Tuan Hj Salleh Musa,Sik,Kedah

Setiap kali Ramadhan tiba,Madrasah Ar-Rahmaniah yang dipimpin oleh Tuan Guru Hj Salleh Musa pasti meriah.Kedatangan disambut penuh sungguh.Siang dan malam suasana dipenuhi oleh ratusan manusia dari seluruh negara termasuklah Setul,Yala dan Patani.Mereka datang belajar dengan Tuan Guru selama sebulan.Pagi,petang dan malam.Tempat tinggal ada. 




Menurut Tuan Guru,makan dan minum untuk peserta disediakan oleh pihak Madrasah.Semuanya percuma.Tiga  kali makan.Sewaktu berbuka,selepas solat tarawih dan sahur.Banyak pihak yang turut menyumbang untuk program ini termasuklah pihak koprat.Peserta akan tinggal terus selama sebulan untuk mendalami ilmu agama.

Menurut Tuan Guru lagi semua peserta tidak perlu memasak kerana pihaknya menyediakan semua keperluan untuk berbuka dan sahur.Apa yang penting mereka menumpukan perhatian kepada pengajian yang diajar oleh Tuan Guru.Itu sahaja. 

Kiranya Anda hendak menyumbang ke program ini,sila masukkan ke akaun berikut:-

No,akaun: 4-714-54-37-31

Nama: Salleh Bin Musa

Nama bank: Public Islamic Bank


Oleh Shakir Md Taha

shakirtaha@gmail.com

No comments:

Post a Comment