Penulis tidak pernah mempertikaikan pemilihan yang dibuat oleh NGO Wargakilang untuk membantu dan menyumbangkan bagi membangunkan rumah Encik Ruslan. Di kawasan Kuala Beris yang kaya dengan rimbunan hijau, kaya juga dengan kemiskinan.
Ada yang sekadar hidup kais pagi makan,kais petang makan petang. Penulis bertanya kepada Encik Wahab Isa orang kuat Wargakilang apakah kriteria yang dibuat untuk memilih Encik Ruslan ini.
Menurut Encik Wahab, mereka memandang kepada tiga orang anak Encik Ruslan itu.Anak Encik Ruslan yang sulong bernama Sakinah,seorang pelajar yang cerdik dan pintar. Anak-anak beliau perlu belajar dalam keadaan yang selesa. Oleh kerana itu perlukan rumah yang baik dan selesa.Tambahan pula Sakinah seorang murid cerdas dan prestasi pelajaran membanggakan walaupun tinggal di pondok yang dhaif sekali. Di pondok ini tidak TV,tidak internet,tidak eletrik. Yang ada hanyalah semangat dan azam untuk maju dalam pelajaran.
Pihak Wargakilang membantu dalam pelajarannya. Sebelum itu anak ini terpaksa berhenti sekolah buat seketika.Pertemuan Wargakilang dengan Encik Ruslan membuahkan hasil. Encik Ruslan telah berusan kembali dengan pihak PPD Sik,Kedah.Anaknya boleh kembali ke sekolah.
Menurut Encik Wahab apa yang diharapkan suatu hari nanti apabila anak kecil ini sudah dewasa dan berjaya, dia akan kembali berbakti kepada masyarakatnya.
Oleh Shakir Taha
No comments:
Post a Comment