Pondok Tahfiz Al-Quran Massohibul Ulum yang diasaskan oleh Ustaz Yusri atau lebih dikenali sebagai 'Baba' Fauzi kelihatan sangat uzur dimakan waktu. Pondok uzur ini terletak di Kampung Guar Ban Khuan,Setul(Satun) Thailand Selatan.
Setakat ini terdapat 40 orang pelajar yang mengikuti kelas tahfiz dibawah kelolaan,didikan dan a bimbingan Baba Fauzi. Pelajar di sini perlu membayar yuran sebanyak Bht 1000(RM100,00).Makan,minum dan tempat tinggal disediakan. Bapa Fauzi dan keluarga tinggal di sini.
Gambar kiri: Baba Fauzi.
Sukatan pelajaran kelihatan mudah tetapi cukup berkesan. Pelajar yang cemerlang boleh menyelesaikan hafazan dalam masa dua tahun sahaja. Tapi pelajar yang agak lambat dapat menguasai hafazannya dalam masa 5 tahun.
Kami melihat pondok ini sangat dhaif dan muram segala bangunannya. Ia sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan umat Islam supaya wajah pondok ini kelihatan ceria dan berseri.
Ini wajah pondok tahfiz yang luntur wajahnya.Serinya sudah pudar.Pihak pengurusan pondok kekurangan dana untuk mencantikkan wajah pondok agar ia kelihatan mudah dan berseri-seri. Pihak pengurusan pondok berharap ada pihak sudi yang membantu.
Lihatlah silingnya.Sudah melopong,
Oh!dimanakan ku cari ganti!
Membangunkan pondok ini bererti membangunkan umat Islam.
Pondok yang ada jangan dibiarkan tidak bermaya.
Sumbangan Anda dalam apa bentuk sangat-sangat diharapkan
Oleh Shakir Taha
shakirtaha@gmail.com