Cikgu Md Yatim lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah dikalangan anak-anak yatim BAKUN .Beliau mendidik dan memimpin mereka. Menanamkan rasa hormat kepada orang dewasa, menghormati ibu-bapa dan bantu membantu sesama insan. Tanpa rasa jemu beliau memberi tenaga dan fikiran membebas mereka ini daripada belenggu kemiskinan.
Beliau tetap menguntum senyuman dengan keranah anak-anak dibawah didikan dan asuhannya. Beliau sabar melayan gelagat anak-anak yang hilang kasih seorang ayah.
Beliau membangunkan 'Kantin Rakyat' semata-mata untuk mengujudkan peluang pekerjaaan kepada ibu tunggal. Makanan yang dijual di sini dimasak oleh ibu tunggal. Mereka juga bertindak sebagai pekerja di sini. Pak Ngah bertindak sebagai penyelia di sini bagi mempastikan semuanya berjalaan dengan lancar.
Aku dan Fauzan diundang untuk berbuka puasa di kantin ini. Tetamu yang ramai sekali ialah anak-anak yatim. Mereka dengan penuh selera. Tiada ada sebarang rungutan tentang menu yang disediakan.
Turut diundang pada petang itu ialah NGO Persatuan Sedekah Subuh yang diwakili oleh Hafiz Musa.Individu tertentu juga diundang.
Papan tanda Kantin Rakyat Bakun yang diusahakan oleh Pak Ngah Md Yatim dan ahli BAKUN Kulim.
Oleh Shakir Taha