sponsor

Wednesday, 18 May 2011

Orang Tua dan Solat Tasbih

Sebagaima yang diceritakan oleh kawanku,dalam waktu yang sama Aku pernah berguru dengananya.Dia seorang  Prof. Madya. Aku cukup senang mengikuti kuliahnya. Setiap bulan ada program QiyamuLlail dia pasti hadir kalau tidak ada apa-apa halangan.

Malamnya biasanya kami melakukan solat tasbih. Ramailah yang hadir termasuk penduduk di sekitar mesjid.
Di situ ada seorang tua yang berumur kira-kira 59 tahun. Orang kampung menceritakan Tok Li ini tidak pernah menjejakan kakinya seumur hidup ke masjid! Rumahnya dekat dengan mesjid. Dia tidak pernah ke program yang kami buat. Dia hanya memandang dari jauh. Dia suka tengok orang berkumpul ramai-ramai di mesjid. Dia akan berdiri di hadapan rumahnya  melihat orang yang datang dengan kereta ke mesjid. Tok Li tertarik hendak tahu apa yang berlaku di mesjid

Hatinya membuak-buak hendak datang ke mesjid. Tok Li tahu seumur hidup dia tidak pernah ke mesjid. Tapi  bukan alasan untuk tidak datang mesjid,fikir  Tok Ali. Keinginnya untuk datang ke mesjid cukup tinggi. Memangpun malam itu ramai orang  yang datang. Tok Li tahu selama ini dahinya tidak pernah sujud di rumah ALlah.

Seperti malam-malam yang  lalu, solat tasbih dimulakan pada jam 4.00 pagi. Kedatangan Tok Li ada yang kisah. Cahaya lampu tidak begitu terang. Ini perkara biasa bila melakukan solat tasbih.

Dan malam Tok Li turut sama menunaikan solat tasbih.Ceritanya itulah kali pertama dan terakhir dia ke mesjid.Kata Tok L,"Sembahyang macam ni rupa,sujud punyalah lama,rukuk punyalah lama." Sejak dari hari Tok Li tidak lagi ke mesjid hinggalah akhir hayatnya.

Kiranya anda seorang pendakwah,guru,pekerja sosial dan sebagainya banyak perkara yang boleh dipelajari daripada cerita Tok ini.  Anda fikirlah sendiri


Oleh Shakir Md Taha








Wednesday, 11 May 2011

Senyuman Terakhir

 Sedang dikasih sedang disayang
Anda pergi berjalan jauh.
Suami kepada seorang wanita.
Ayah kepada 7 orang anak.
Beliau telah pergi buat selama-lamanya.
Namanya Mat Rajab Hamad mati dihempap kayu balak di hutan
Lawin Utara,Grik,Perak.

Perkahwinan dengan Puan Sharifah selama 18 tahun tetap 
meninggalkan kenangan manis. Biarpun Allahyarhan sudah tiada
tapi Puan Sharifah tetap tidak lupa pada pesanan suaminya.

Pendidikan anak-anak perlu diberi keutamaan. Puan Sharifah tidak
pernah lupa pada pesanan suaminya. Ini adalah amanah yang perlu ditunaikan.
l
WargaKilang merasakan perlu membuat sesuatu bagi meringankan beban yang dipikul oleh Puan Sharifah.
Sudah menjadi kebiasaan WargaKilang menghulurkan
beras,minyak,gula dan lain-lain keperluan dapur bagi melegakan nafasnya.

Puan Sharifah kini tinggal di Kampung Padang Kunyit bersama 7 orang anaknya mengucap syukur kepada diatas
keperihatinan Wargakilang.







Oleh Shakir Md Taha

























Thursday, 5 May 2011

Melawat Ke Ma'had Ehya Essunnah Al Muhammadiah,Sadao,Selatan Thai








 Aku dan Ustaz Kamaruddin melawat ke Ma'had Ehya Essunnah Al Muhammadiah,Sadau,Selatan Thailand baru-baru ini. Kami masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Hari cuti umum pintu masuk ke negara Gajah Putih selalunya penuh sesak.

Menariknya walaupun pengunjung terpaksa berbaris
panjang tapi tidak terasa lama menunggu.Untuk masuk negara   ini pelancong dikena RM2.00 untuk urusan paspot.

Menurut Ustaz Kamaruddin seboleh-bolehnya eloklah sampai
sebelum pukul 8.00 pagi. Dan memangpun kami sampai sebelum
pukul 8.00 pagi.Suasana sunyi sepi di kawasan sekolah.Sekolah yang didirikan di atas tanah seluas 13 ekar menurut sukatan Thailand, sepi semacam negeri dilanggar garuda.Tidak kelihatan seorang pelajarpun.

Pukul 8.00 pagi kelihatan seorang dua masuk ke pekarangan sekolah. Rupanya persekolah bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pagi itu dimulakan dengan perhimpunan. Di Ma'had pendidikannya bermula dari tadika hinggalah ke tingkatan 6enam. Ada pelajarnya yang memasuki universiti tempatan serta ramai pula yang dihantar melanjutkan pelajaran ke universiti di Timur Tengah.

Semua pelajar    berugama Islam tapi sayangnya, Melayu Patani yang belajar di sini  tidak mampu bertutur Bahasa Melayu dengan lancar. Mereka telah selesa bertutur dalam Bahasa Thai. Perkara ini cukup diambil berat oleh pihak pengurusan sekolah.

Menurut Mudir sekolah ini, yang lebih dikenali dengan panggilan "Baba Ya" sekolah ini sudahpun mempunyai 600 orang murid. Sekarang ini pihaknya sedang membangunkan sebuah lagi bangunan tambahan  memandangkan bangunan yang ada tidak dapat menampung pemintaan yang semakin meningkat.

Tuesday, 3 May 2011

Sejenak di Pondok Hj Md Nahu, Kuala Beres

Air bersih adalah keperluan bagi manusia.
Penggunaan semakin meningkat di pondok.
Dengan bantuan pihak Kementerian Kesihatan
mengusahakan sebuah 'boring' untuk menampong
keperluan yang makin meningkat. Penggunaan
'boring' akan mengurangkan kos perbelanjaan air.
Menurut Ustaz Kamel yang juga mudir pondok
kos air yang perlu dibayar ialah sebanyak 
RM500.00 sebulan.

Dengan adanya bantuan daripada Kementerian
Kesihatan akan menyelesaikan keperluan air bagi
keperluan 110 pelajar di sini termasuk 5 keluarga
yang menuntut di pondok ini.Menurut seorang pelajar
di sini pihak pentadbiran hanya mengenakan RM10.00 untuk air dan eletrik. Bayar sebanyak
dikira sangatlah murah.Pihak pentadbiran tidak
mengenakan sebarang yuran pengajian di sini


Inilah tempat mandi bagi pelajar lelaki di sini.Terdapat
70 orang pelajar lelaki yang belajar di sini. Mereka
terpaksa menunggu giliran untuk mandi. Keadaan ini
berlaku kerana tidak cukup air. Oleh yang demikian
ada pihak yang mencadangkan supaya pihak pengurusan pondok memohon bantuan Kementerian
Kesihatan.
Pondok yang diasaskan oleh Hj Ahmad Nahu dalam
tahun 80an masih megah terdiridi sini.Tempatnya agak jauh di pedalaman. Tidak ramai yang mengetahui kewujudan pondok di sini. Ia masih mengekalkan konsep tradisional pondok Melayu,
pengajian secara ummumi.Pelajar tidak akan menerima
sebarang sijil daripada pihak pondok.Yang ada hanyalah ilmu didada.Itulah yang dibawa pulang
ke pangkuan masyarkat.



Menurut Ustaz Kamel Mustapha,(gambar di kiri) selaku Mudir
Madrasah Ahmadiah Addiniyah Islamiah beliau sangat menekan
soal pengajian nahu. Dibakar hangus dengan kepercayaan itu,
beliau cukup mengambil berat tentang pengajian nahu
di madrasah ini.

Bagi beliau madrasah ini sebagai perintis jalan ke arah pengajian
yang lebih jauh dan mendalam."Sekurang-kurangnya mereka akan
menjadi insan yang berguna kepada masyarkat," jelas beliau.


Oleh Shakir Md Taha
http://shakirbshrd.blogspot.com/

Monday, 2 May 2011

Sekolah Agama di Yala,Selatan Thai

 Sekolah ini pernah menampuh 6 000 pelajar suatu ketika.Tapi  kini jumlahnya telah menurun sedikit kerana ramai ibubapa yang bimbang dan takut dengan pergolakan yang berlaku baru-baru ini di Yala. Demikian dinyatakan oleh Ustaz Abdul Rahman Tupa,Timbalan Mudir Sekolah Agama Addiniah,Yala, Selatan Thailand.
Kini terdapat kira-kira 4 000 orang pelajar yang masih menuntut di sini. Persekitaran sekolah ini cukup cantik dan bersih. Ada wakaf untuk pelajar berehat sambil bersantai.

Menurut Ustaz Abdul Rahman terdapat beberapa orang pelajar dari Malaysia dan Indonesia yang belajar di sini. Mereka ini terus melanjutkan pelajaran ke universitidi Timur Tengah.

Ada yang ke universiti dengan mendapat bantuan kerajaan(pelajar dari Malaysia) dan persendirian.
Sekolah ini juga menghadapi masalah kritikal seperti Malaysia,tersangat kurang guru yang terlatih dalam Bahasa Inggeris.Mungkin tenaga pengajar dari Malaysia boleh membantu dalam hal ini

Oleh Shakir Md Taha