sponsor

Thursday, 5 May 2011

Melawat Ke Ma'had Ehya Essunnah Al Muhammadiah,Sadao,Selatan Thai








 Aku dan Ustaz Kamaruddin melawat ke Ma'had Ehya Essunnah Al Muhammadiah,Sadau,Selatan Thailand baru-baru ini. Kami masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Hari cuti umum pintu masuk ke negara Gajah Putih selalunya penuh sesak.

Menariknya walaupun pengunjung terpaksa berbaris
panjang tapi tidak terasa lama menunggu.Untuk masuk negara   ini pelancong dikena RM2.00 untuk urusan paspot.

Menurut Ustaz Kamaruddin seboleh-bolehnya eloklah sampai
sebelum pukul 8.00 pagi. Dan memangpun kami sampai sebelum
pukul 8.00 pagi.Suasana sunyi sepi di kawasan sekolah.Sekolah yang didirikan di atas tanah seluas 13 ekar menurut sukatan Thailand, sepi semacam negeri dilanggar garuda.Tidak kelihatan seorang pelajarpun.

Pukul 8.00 pagi kelihatan seorang dua masuk ke pekarangan sekolah. Rupanya persekolah bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pagi itu dimulakan dengan perhimpunan. Di Ma'had pendidikannya bermula dari tadika hinggalah ke tingkatan 6enam. Ada pelajarnya yang memasuki universiti tempatan serta ramai pula yang dihantar melanjutkan pelajaran ke universiti di Timur Tengah.

Semua pelajar    berugama Islam tapi sayangnya, Melayu Patani yang belajar di sini  tidak mampu bertutur Bahasa Melayu dengan lancar. Mereka telah selesa bertutur dalam Bahasa Thai. Perkara ini cukup diambil berat oleh pihak pengurusan sekolah.

Menurut Mudir sekolah ini, yang lebih dikenali dengan panggilan "Baba Ya" sekolah ini sudahpun mempunyai 600 orang murid. Sekarang ini pihaknya sedang membangunkan sebuah lagi bangunan tambahan  memandangkan bangunan yang ada tidak dapat menampung pemintaan yang semakin meningkat.

No comments:

Post a Comment