sponsor

Thursday 26 April 2012

Baba Ismail Sepanjang @Ustaz Ismail Sepanjang

Perjalanan ke Yala dan Patani dengan pertolongan Allah tidak terlalu payah.Aku ke sana bersama Ustaz Kamaruddin yang cukup mahir lorong dan jalan di sana.Semua simpang-siur dihafal sungguh.Aku tidak memerlukan sebarang alat yang canggih.Ustaz Kamaruddin lebih arif daripada yang alat yang aku bawa.

Di Yala dan Patani kami sentiasa disambut oleh NGO di sana. Merekalah membantu kami semasa di sana.

Dalam lawatan ke Patani kami singgah di Mesjid Patani.Di sini Ustaz Wan Ismail Wan Omar mengajar kitab setiap minggu.Sambutan penduduk tempat cukup menggalakkan.   
Kelihatan warga emas sarat memenuhi ruang lingkup masjid jamek itu. Malahan sambutan anak muda tidak kurang hebat.

Di Patani Darussalam(dahulunya sebuah negara merdeka) Ustaz Wan Ismail lebih dikenali dengan panggilan 'Baba Ismail Sepanjang'. Beliau baru mencecah usia 55 tahun berasal dari Kampung Sepanjang. Beliau mendirikan pondok di kampungnya dan mengajar di situ.

Selain mengajar di pondok,beliau membaca kitab di Mesjid Besar Patani dan Yala.Aku sempat mengikuti kuliahnya di Patani dan Yala. Orangnya berkulit kuning langsat,berkaca mata,lemah lembut tuturkata. Fasih berbahasa Melayu dan Arab. Sepanjang mengikuti kuliahnya di Yala ataupun Patani tidak pula kedengaran beliau menggunakan bahasa Siam dalam penyampaiannya.Untuk berjumpa dengan mudah sekali.Selesai kuliah terus pergi jumpa,tidak ada sebarang protokol yang perlu diikuti.


Oleh Shakir Taha Al-Filfilan

3 comments:

  1. Assalamualaikum admin..

    Sunggoh la Baba ismail fasih kkecek nnayu, mugo yo ore nnayu. Sie pung yo bulleh kkecek, tapi anok murid nnayu belako nok wak ggapo kkecek bahaso penjajoh, ko guano?

    Ado sekali dale youtube ado anok murid dio tulih soale dale bahaso sie, dio baco dan terjemoh.

    Terima kasih.

    Patani Merdeka!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum warga di blog Kembara Lisan,

    Saya mengucapkan salam perkenalan, dan mendoakan kesejahteraan kalian.

    Saya Fahmi bin Faiz, penulis buku di Malaysia. Tujuan emel ini dihantar adalah sebagai menghulur salam ukhwah, serta berhasrat mendapatkan sedikit maklumat mengenai akses dan contact di Selatan Thailand.

    Sebagai perkenalan, saya merupakan penulis travelog. Terdahulu, alhamdulillah saya berjaya melakukan eksplorasi solo ke Mindanao menjejaki Bangsamoro.

    Kali ini, saya akan melakukan eksplorasi solo ke kawasan Selatan Thailand pula. Ini termasuk ke wilayah Patani, Yala dan Naratiwat.

    Untuk ke sana, saya ada berhubung dengan beberapa pihak (contact person), namun kerana kekangan diplomasi, maka saya dengan rendah hati ingin memohon jasa pihak kalian agar dapat membantu saya dari segi contact yang boleh dihubungi untuk membantu saya melakukan eksplorasi solo ke kawasan kawasan tersebut.

    Sekian, amatlah besar penghargaan saya atas bantuan dari pihak kalian dalam membantu usaha penulisan saya.

    Terima kasih.

    Fahmi bin faiz,
    Author,
    Malaysia

    Tel: +6013 686 3290
    Emel: author.fahmifaiz@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Sdr.Fahmi.Maaf kerana lambat respon.Sila whatsApp 0134815577.

    ReplyDelete