sponsor

Wednesday, 30 January 2013

Perancis Menggantung Penjualan Ubat Selepas Kematian

Pihak Berkuasa Kesihatan  Perancis telah menggantung penjualan ubat Diane-35 berikutan  dengan kematian empat orang wanita yang menggunakannya sebagai pencegah kehamilan.Ianya digunakan untuk merawat jerawat.

Ubat yang digantung penjualan dikeluarkan oleh Syarikat Bayer,German.

Ubat ini digunakan oleh lebih daripda  300, 000orang wanita sebagai pencegah kehamilan.


Alih bahasa daripada- Thailand News.

Tuesday, 29 January 2013

Bertemu Dengan Ulama Fathoni Darussalam

Gambar ditengah Baba Abdul Karim(berkaca mata)


Baba Abdul Karim disamping mengajar di Pondok Dala,beliau adalah pemimpin Majlis Ulama Fathoni yang baru ditubuhkan.

Sebuah bangunan persatuan ini akan didiri di atas tanah tapak kelahiran ulama besar Sheikh Daud Al-Fathoni tidak lama lagi.

Dalam majlis perasmian itu lebih daripada 5 000 telah hadir termasuk Mufti Sheikh Abdul Aziz dan pemimpin Thai.





























Oleh TS Kembara.

Ulama Melawat PERKASA Di Patani

Timbalan Yang DiPertua Ulama Kedah dan Setiausahnya telah dibawa melawat ke Balai Pustaka Dan Budaya Patani Darussalam baru-baru ini.

Ustaz Abu Bakar Lebai Mat selaku Timbalan Yang DiPertua Ulama Kedah dan Ustaz Ahmad Awaluddin sebagai setiausaha persatuan itu telah diberi penerangan tentang kegiatan badan itu di Ujung Selatan,Patani Darussalam.




Turut hadir dalam lawatan itu ialah Persatuan Ulama Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh Ustaz Kamruddin Kassim.

Aman Patani juga turut menghantar wakilnya dalam rombongan itu.


Pada sebelah malamnya pihak telah PERKASA telah mengatur majlis ramah mesra dan bertukar pandangan tentang isu semasa.

Pihak PERKASA begitu gembira dapat bertemu dengan Ulama dan dan berharap dapat mengadakan pertemuan yang sedemikian rupa dari masa ke masa.


Pihak Aman Patani mengucapkan syabas atas usaha-usaha PERKASA memertabatkan tulisan jawi di lima buah wilayah di Ujung Selatan.








Ustaz Muhaimin@ Pak Chu Leh sedang memberi penerangan kepada Persatuan Ulama Kedah,Wilayah Persekutuan dan Aman Patani.











Oleh TS Kembara.

Tuesday, 15 January 2013

Perjalanan Bersama Seorang Dai' Ke Ujung Selatan Patani Darussalam

Beliau berdakwah di mana sahaja. Di mesjid,di surau adalah  tempat biasa.Beliau turun ke lapangan untuk berdakwah dan berjumpa dengan dengan anak muda yang ketagihan arak murahan.Dengan lembut bicara anak itu ditarik ke jalan yang lurus

.Ustaz Kamaruddin tidak pernah menolak sebarang undangan untuk berdakwah.Ke Mesir beliau sudah sampai. Melatih penuntut cara gaya turun ke lapangan. Berdakwah di lapangan.

Kali ini menerima undangan berceramah di tanah pusaka yang terluka dan bergolak. Di Jala,Patani Darussalam. Di negeri Shahrun Nawi kata pujangga sufi Hamzah Fansuri.

Tak ramai yang sanggup datang ke sini.Di sini ledakan bom dan tembakan senjata M-16 dan Ak 47 adalah mainan hidup.Hari ini kita boleh senyum dan ketawa bersama mereka. Besok pagi khabar berita Si polan sudah syahid!

Di daerah ini nama Ustaz Kamruddin cukup dikenali.Malah jalan dan lorong beliau sudah hafal.Hafal sungguh seperti urat nadi.

Pagi itu beliau berceramah kepada guru-guru di Pondok Hj Harun Jala.Pondok ini kini mampu menerima 9 000 orang murid hanya dalam satu sesi sahaja.

Murid-murid mampu menguasai Bahasa Arab dan Thai dengan baik sekali. Tetapi sistem pendidikan Thailand bahasa Melayu cukup ketinggalan. Keadaan ini berlaku kerana dasar asimilasi dan Siamisasi Phibul Songgam cukup kuat mencengkam. Pun begitu anak- anak di sini boleh menulis Jawi dengan baik sekali.Sistem ejaan Jawi dipertahan dengan penuh sungguh.


Kebolehan bertutur Bahasa Inggeris masih ditahap rendah. Regim Bangkok sangat-sangat menggalakan murid-murid dan penuntut universiti menguasai Bahasa Inggeris seperti yang ditegas oleh Perdana Menterinya baru-baru ini.













Ceramah Ustaz yang bertajuk, 'Guru sebagai dai' dan murrabi' telah dihujani dengan pelbagai soalan yang menarik daripada hadirin.

Mnakala murid-muridnya dengan persembahan nasyid dengan lagu dan lirik yang cukup menyayat hati!






"Jagalah adikmu
Ayah pergi jauh.
Jagalah ibu,ayah pergi jauh
Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi.......

Ceramah yang memakan masa hampir-hampir 2 jam telah dihadiri oleh lebih daripada 200 orang guru pada pagi itu..

Sunday, 13 January 2013

Mendulang Emas Di Daerah Sukhirin,Narathiwat Patani Darussalam

Di daerah ini tenang dan damai."Di E-sarn penduduk di sana menjual padi untuk membeli emas. Tetapi di ban Phu Khao Thong kami menjual emas untuk mebeli beras," begitulah kata-kata yang dilafazkan oleh Mak Cik Saeng-aroon Chanhom,aka Pa Waen bila dia memceritakan kehidupan di kampungnyadi daerah Sikhirin,Narathiwat.

Seperti kebanyakan kampung-kampung di Ujung Selatan, Patani Darussalam sebilang besar penduduknya adalah Melayu Islam.Keturunan Mak Cik  Aroon berasal dari Utara Thailand.Kebanyakan mereka adalah pekerja miskin yang telah menetap di Ban Phu Khao.Mereka sudah tiga keturunan tinggal dikampung ini.Pada masa itu kerajaan  Thailand telah menempatkan mereka di Sikhirin untuk mencari rezeki. Mereka diberi tanah di sini.

Ban Phu Khao Thong diertikan sebagai gunung emas. Di sini kaya dengan bahan-bahan galian,khususnya emas. Mendulang emas adalah kerja samping yang dilakukan oleh penduduk di sini sejak emas ditemui beberapa tahun yang lalu.

Mendulang biasanya dilakukan pada musim panas apabila anak sungai menjadi tohor. Selepas selesai menoreh getah di awal pagi. Pa Waen dan sepuluh orang jirannya ke sungai seharian untuk mendulang di anak sungai Sai Buri.Sungai ini mengalir dari gunung Toh Moh yang membawa bersamanya debu-debu emas.

Setiap pendulang emas membawa bersamanya dulang kayu,penyodok dan sebuah tin.untuk mengisi debu-debu emas. Proses mendulang bermula dengan menyodok tanah didasar sungai lalu dimasukan ke dalam dulang.Ianya diayak perlahan-lahan dalam air untuk mengeluarkan kerikil dan lumpur.Akhirnya yang tertinggal dalam dulang hanyalah debu emas.Debu emas ini dimasukkan ke dalam tin ataupun bekas yang disediakan.

"Mendulang emas bukanlah kerja yang mudah. Debu emas tidak selalu ditemui. Bila tidak ada tanda emas yang ditemui di suatu tempat, kami ke tempat lain sehinggalah emas ditemui," kata Mak Cik Waen. Kadang-kadang mereka bergerak sampai ke kawasan sungai yang didiami oleh orang Melayu Islam

Mak Cik Waen and jirannya berasa sangat bertuah kerana setiap kali keluar mendulang emas selalu ditemui walaupun sedikt.

Secara purata mereka boleh menperolehi sebanyak 200 baht(RM20.00) sehari hasil jualan debu emas.Ada hari yang bertuah mungkin sampai 2, 000 baht sehari.

Dahulu pernah beberapa orang penduduk yang kaya mengguna pam untuk mengisap tanah lumpur di dasar sungai dan penggunaan alat moden untuk mencari gali emas.

Kiri gambar kepingan emas.











Hal ini menimbulkan ketegangan dan keresahan kepada pendulang-pendulang miskin. Akhirnya pegawai daerah campurtangan dan menghentikan penggunaan pam dan memberi laluan kepada pendulang-pendulang meneruskan kerja-kerja mereka.



Gambar orang sedang mendulang oleh: Jaroon Thonghual