Di daerah ini tenang dan damai."Di E-sarn penduduk di sana menjual padi untuk membeli emas. Tetapi di ban Phu Khao Thong kami menjual emas untuk mebeli beras," begitulah kata-kata yang dilafazkan oleh Mak Cik Saeng-aroon Chanhom,aka Pa Waen bila dia memceritakan kehidupan di kampungnyadi daerah Sikhirin,Narathiwat.
Seperti kebanyakan kampung-kampung di Ujung Selatan, Patani Darussalam sebilang besar penduduknya adalah Melayu Islam.Keturunan Mak Cik Aroon berasal dari Utara Thailand.Kebanyakan mereka adalah pekerja miskin yang telah menetap di Ban Phu Khao.Mereka sudah tiga keturunan tinggal dikampung ini.Pada masa itu kerajaan Thailand telah menempatkan mereka di Sikhirin untuk mencari rezeki. Mereka diberi tanah di sini.
Ban Phu Khao Thong diertikan sebagai gunung emas. Di sini kaya dengan bahan-bahan galian,khususnya emas. Mendulang emas adalah kerja samping yang dilakukan oleh penduduk di sini sejak emas ditemui beberapa tahun yang lalu.
Mendulang biasanya dilakukan pada musim panas apabila anak sungai menjadi tohor. Selepas selesai menoreh getah di awal pagi. Pa Waen dan sepuluh orang jirannya ke sungai seharian untuk mendulang di anak sungai Sai Buri.Sungai ini mengalir dari gunung Toh Moh yang membawa bersamanya debu-debu emas.
Setiap pendulang emas membawa bersamanya dulang kayu,penyodok dan sebuah tin.untuk mengisi debu-debu emas. Proses mendulang bermula dengan menyodok tanah didasar sungai lalu dimasukan ke dalam dulang.Ianya diayak perlahan-lahan dalam air untuk mengeluarkan kerikil dan lumpur.Akhirnya yang tertinggal dalam dulang hanyalah debu emas.Debu emas ini dimasukkan ke dalam tin ataupun bekas yang disediakan.
"Mendulang emas bukanlah kerja yang mudah. Debu emas tidak selalu ditemui. Bila tidak ada tanda emas yang ditemui di suatu tempat, kami ke tempat lain sehinggalah emas ditemui," kata Mak Cik Waen. Kadang-kadang mereka bergerak sampai ke kawasan sungai yang didiami oleh orang Melayu Islam
Mak Cik Waen and jirannya berasa sangat bertuah kerana setiap kali keluar mendulang emas selalu ditemui walaupun sedikt.
Secara purata mereka boleh menperolehi sebanyak 200 baht(RM20.00) sehari hasil jualan debu emas.Ada hari yang bertuah mungkin sampai 2, 000 baht sehari.
Dahulu pernah beberapa orang penduduk yang kaya mengguna pam untuk mengisap tanah lumpur di dasar sungai dan penggunaan alat moden untuk mencari gali emas.
Kiri gambar kepingan emas.
Hal ini menimbulkan ketegangan dan keresahan kepada pendulang-pendulang miskin. Akhirnya pegawai daerah campurtangan dan menghentikan penggunaan pam dan memberi laluan kepada pendulang-pendulang meneruskan kerja-kerja mereka.
Gambar orang sedang mendulang oleh: Jaroon Thonghual

No comments:
Post a Comment