Beliau berdakwah di mana sahaja. Di mesjid,di surau adalah tempat biasa.Beliau turun ke lapangan untuk berdakwah dan berjumpa dengan dengan anak muda yang ketagihan arak murahan.Dengan lembut bicara anak itu ditarik ke jalan yang lurus
.Ustaz Kamaruddin tidak pernah menolak sebarang undangan untuk berdakwah.Ke Mesir beliau sudah sampai. Melatih penuntut cara gaya turun ke lapangan. Berdakwah di lapangan.
Kali ini menerima undangan berceramah di tanah pusaka yang terluka dan bergolak. Di Jala,Patani Darussalam. Di negeri Shahrun Nawi kata pujangga sufi Hamzah Fansuri.
Tak ramai yang sanggup datang ke sini.Di sini ledakan bom dan tembakan senjata M-16 dan Ak 47 adalah mainan hidup.Hari ini kita boleh senyum dan ketawa bersama mereka. Besok pagi khabar berita Si polan sudah syahid!
Di daerah ini nama Ustaz Kamruddin cukup dikenali.Malah jalan dan lorong beliau sudah hafal.Hafal sungguh seperti urat nadi.
Pagi itu beliau berceramah kepada guru-guru di Pondok Hj Harun Jala.Pondok ini kini mampu menerima 9 000 orang murid hanya dalam satu sesi sahaja.
Murid-murid mampu menguasai Bahasa Arab dan Thai dengan baik sekali. Tetapi sistem pendidikan Thailand bahasa Melayu cukup ketinggalan. Keadaan ini berlaku kerana dasar asimilasi dan Siamisasi Phibul Songgam cukup kuat mencengkam. Pun begitu anak- anak di sini boleh menulis Jawi dengan baik sekali.Sistem ejaan Jawi dipertahan dengan penuh sungguh.
Kebolehan bertutur Bahasa Inggeris masih ditahap rendah. Regim Bangkok sangat-sangat menggalakan murid-murid dan penuntut universiti menguasai Bahasa Inggeris seperti yang ditegas oleh Perdana Menterinya baru-baru ini.
Ceramah Ustaz yang bertajuk, 'Guru sebagai dai' dan murrabi' telah dihujani dengan pelbagai soalan yang menarik daripada hadirin.
Mnakala murid-muridnya dengan persembahan nasyid dengan lagu dan lirik yang cukup menyayat hati!
"Jagalah adikmu
Ayah pergi jauh.
Jagalah ibu,ayah pergi jauh
Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi.......
Ceramah yang memakan masa hampir-hampir 2 jam telah dihadiri oleh lebih daripada 200 orang guru pada pagi itu..

No comments:
Post a Comment