sponsor

Thursday, 14 March 2013

Abdullah Amir Hussin Anak Muda Rohingya Yang Peka


Anak muda ini berasal dari Arakan,Myanmar. Dia adalah seorang aktivis masyarakat Rohingya yang tinggal di Kelang,Selangor Darul Ehsan.

Namanya Abdullah Amir Hussin. Dia datang untuk membantu MaSSSA sebagai juru bahasa.Dia boleh bercakap Bahasa Melayu dengan cukup baik dan lancar. Dia boleh bercakap Bahasa Inggeris,Myanmar,Tamil dan Hindi.

Tidak lama lagi dia akan ke Amerika Syarikat. Dia mendapat PR(warga tetap) di sana. Ketika ditanya kenapa tidak memohon untuk mendapatkan warga tetap Malaysia, dia  berkata,"sudah tetapi ditolak."


Di Kelang dia mengendalikan sekolah untuk anak-nak Rohingya. Bilangannya tidak ramai. Ada 30 orang murid dengan 2 orang guru yang bertugas.

Abdullah ikut serta membantu MaSSSA sebagai penterjemah. Walaupun dia akan Amerika Syarikat tidak lama lagi tetapi dia akan tetap kembali ke Malaysia untuk menemui saudara-saudaranya yang  tinggal berselerak di seluruh Malaysia.

Wednesday, 13 March 2013

Doa Seorang Ibu Rohingya Untuk Malaysia


Ibu ini sudah kematian suaminya. Suaminya dibunuh oleh rejim junta Myanmar ketika mempertahankan mesjid daripada serangan tentera teroris Myanmar. Dia tidak sedikitpun merasa sedih dengan kematian suami. Dia bangga suaminya syahid ketika mempertahankan mesjid daripada dimusnahkan oleh tentera babarik Myanmar.

Dia hanya sedih kerana dipaksa oleh rejim Mymar meninggalkan kampung halamannya. Ini dia sedih sungguh. Kampung halamannya dibakar hangus menjadi padang jarak,padang tekukur. Tidak ada apa lagi yang tinggal. Tapi kenangan indah tetap segar dalam ingatannya Suaminya syahid!

Tadi kami melihat ibu ini membaca surah Yaasin dan berdoa panjang. Tidak tahulah apa yang didoakannya.Menurut jurubahasa kami,Saudara Abdullah yang dibawa ikut bersama oleh Pak Mus Mansur.
Menurut Abdullah anak muda yang berasal dari Arakan itu menjelaskan bahawa ibu tadi berdoa untuk penduduk di Malaysia.

Doa ibu itu berbunyi," Ya Allah,Ya Tuhanku, Kau lindungilah penduduk di sini(Malaysia) agar tidak menjadi seperti negara kami,Kaulah yang Maha Pelindungi,lagi Maha Penyayang."

Pak Mus yang isterinya orang Bandung begitu terharu dengan doa daripada ibu ini. Pak Mus menghadiahkan  dua pasangan  kain telekung daripada koleksi yang terbaik walaupun disasaran oleh Tuan Rashid memberikan kain telekung jenis biasa sahaja!


Inilah keperluan yang kami bawa daripada penyumbang untuk pelarian Rohingya. Kami adalah ibarat posman yang tolong menghantar barang.


Tuesday, 12 March 2013

Mereka Tak Ingin Begini Jadinya

Mereka  terpaksa memilih hidup atau mati.Terpaksa meninggal kampung halaman mereka atau ditembak mati oleh tentera Buddha Myanmar.

Mereka dihimpunkan di tepi pantai beramai-ramai. Dipaksa menaiki bot.Berdegil bererti menempah maut. Kuburnya ditepi pantai. Itu sahaja pilihan yang ada. Suka atau tidak itu sahaja pilihan.

Mereka tidak tahu hendak ke mana. Ikut dibawa arus sang ombak. Ada yang mendarat di Thailand. Ada yang terdampar di pulau yang tidak bernama.

Mereka terpaksa tinggalkan pulau yang tidak bernama untuk mencari sesuap nasi. Mereka dilambung ombak berhari-hari. Ada yang sampai 19 hari di lautan. Mereka hanya makan nasi dengan garam. Itu  sudah cukup bagi mereka.


Gambar di atas sekumpulan orang Rohingya yang ditempatkan buat sementara di pejabat Maritim Pulau pinang. Ada 136 orang termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Mereka dibantu oleh badan-badan NGO tempatan. Kesihatan mereka dipantau oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.


Terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang cukup perihatin tentang nasib umat Islam Rohingya.

NGO MaSSSA membawa makanan dan pakaian untuk orang pelarian Rohingya. Banyak NGO bukan Islam yang begitu perihatin dan menghulurkan bantuan dengan begitu pantas dan segera sekali.