Ibu ini sudah kematian suaminya. Suaminya dibunuh oleh rejim junta Myanmar ketika mempertahankan mesjid daripada serangan tentera teroris Myanmar. Dia tidak sedikitpun merasa sedih dengan kematian suami. Dia bangga suaminya syahid ketika mempertahankan mesjid daripada dimusnahkan oleh tentera babarik Myanmar.
Dia hanya sedih kerana dipaksa oleh rejim Mymar meninggalkan kampung halamannya. Ini dia sedih sungguh. Kampung halamannya dibakar hangus menjadi padang jarak,padang tekukur. Tidak ada apa lagi yang tinggal. Tapi kenangan indah tetap segar dalam ingatannya Suaminya syahid!
Tadi kami melihat ibu ini membaca surah Yaasin dan berdoa panjang. Tidak tahulah apa yang didoakannya.Menurut jurubahasa kami,Saudara Abdullah yang dibawa ikut bersama oleh Pak Mus Mansur.
Menurut Abdullah anak muda yang berasal dari Arakan itu menjelaskan bahawa ibu tadi berdoa untuk penduduk di Malaysia.
Doa ibu itu berbunyi," Ya Allah,Ya Tuhanku, Kau lindungilah penduduk di sini(Malaysia) agar tidak menjadi seperti negara kami,Kaulah yang Maha Pelindungi,lagi Maha Penyayang."
Pak Mus yang isterinya orang Bandung begitu terharu dengan doa daripada ibu ini. Pak Mus menghadiahkan dua pasangan kain telekung daripada koleksi yang terbaik walaupun disasaran oleh Tuan Rashid memberikan kain telekung jenis biasa sahaja!
Inilah keperluan yang kami bawa daripada penyumbang untuk pelarian Rohingya. Kami adalah ibarat posman yang tolong menghantar barang.
No comments:
Post a Comment