Mereka terpaksa memilih hidup atau mati.Terpaksa meninggal kampung halaman mereka atau ditembak mati oleh tentera Buddha Myanmar.
Mereka dihimpunkan di tepi pantai beramai-ramai. Dipaksa menaiki bot.Berdegil bererti menempah maut. Kuburnya ditepi pantai. Itu sahaja pilihan yang ada. Suka atau tidak itu sahaja pilihan.
Mereka tidak tahu hendak ke mana. Ikut dibawa arus sang ombak. Ada yang mendarat di Thailand. Ada yang terdampar di pulau yang tidak bernama.
Mereka terpaksa tinggalkan pulau yang tidak bernama untuk mencari sesuap nasi. Mereka dilambung ombak berhari-hari. Ada yang sampai 19 hari di lautan. Mereka hanya makan nasi dengan garam. Itu sudah cukup bagi mereka.
Gambar di atas sekumpulan orang Rohingya yang ditempatkan buat sementara di pejabat Maritim Pulau pinang. Ada 136 orang termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Mereka dibantu oleh badan-badan NGO tempatan. Kesihatan mereka dipantau oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang cukup perihatin tentang nasib umat Islam Rohingya.
NGO MaSSSA membawa makanan dan pakaian untuk orang pelarian Rohingya. Banyak NGO bukan Islam yang begitu perihatin dan menghulurkan bantuan dengan begitu pantas dan segera sekali.

No comments:
Post a Comment