sponsor

Sunday, 26 January 2014

Angin Pagi Di Hadapan Pintu Universiti Putra Songkhla

Biasanya bila di Patani kami kerap bersarapan di kedai kopi milik orang Melayu Legor. Makannya sedap dan tidak mahal. Ramai pelajar universiti dan pensyarah suka makan di situ. Ustaz Kamaruddin Kassim suka makan di situ. Tambahan pula seorang pensyarah dari Negara Matahari Terbit suka makan di situ. Hara Shinataro namanya. Berbangsa Jepun. Boleh bercakap Bahasa Melayu dengan baik. Tulisannya dalam Bahasa  Melayu indah. Kata Pak Abdul Rahman Dewani pengarang Melayu yang cukup terkenal itu, " bahasa Melayu Shintaro lebih baik daripada saya, bahasa Thainya juga lebih baik daripada saya.". Suatu pengakuan yang cukup jujur keluar dari mulut anak Patani

Beberapa kali aku cuba menghungi dia tetapi ada urusan rasmi yang perlu diselesaikan dengan segara.Aku tidak pernah bertemu dengan dia di Patani. Aku hanya boleh merancang tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Aku tidak mengangka dapat bertemu dengan 'Samurai' ini di tempat kelahiran aku,Pulau Pinang. Aku hanya ingin bertemu dengan kawan-kawan dari Fathoni Darussalam  yang datang ke Universiti Sains Malaysia.

Tiba-tiba muncul di celah malam yang gelap bersama Prof. Dr.Kamarulzaman.

Ternyata anak muda Jepun ini yang usianya hampir menjangkau  40 tahun cukup peramah dan senang diajak berbicara.Dia cukup akrab dengan laptopnya. Dia akan berhenti menghadap laptopnya bila diajak berbicara tentang Patani.



Benarnya kata Pak Abd.Rahman Dewani, Shinataro boleh menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Bahasa Inggerisnya bagus. Bahasa Thainya cukup baik. Dia boleh bercakap dan menulis bahasa Thai.

Hara Shintaro anak dagang di rantau orang.
Tidak sombong dan bangga diri.
Patani Melayu tetap dibantu
Biarpun diganggu hantu..


Oleh  Shakir Taha

Friday, 24 January 2014

Budi DiSanjung, Bahasa DiMartabatkan

Ketika di majlis perasmian Dewan Bahasa dan Pustaka Melayu Thailand Aku sempat berjumpa dengan beberapa orang tokoh yang terlibat dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Nama-nama seperti Suhaimi,Pak Cu Leh,Hj Ismail, Baba Din(Hj.Hamiding Sanor) Puan Nurul Huda dan Hj Sukri.

Pak Cu Leh@ Hj Muhaimin orang kuat PERKASA sudah aku kenal cukup lama. Seronok berbual dengan dia.Demikian juga dengan tokoh sejarah Patani,Tuan Hj Ismael yang cukup rajin bercerita tentang sejarah Patani.Cikgu Suhaimi sering kali namanya disebut oleh Ustaz Kamaruddin Kassim aktivis sosial yang cukup aktif itu,walaupun usia sudah menjangkau 60 tahun. Kuat dan aktif macam orang berumur 40 tahun. Suhaimi ada waktunya muncul dalam FB. Beliau mengajar di sekolah teknik Jala.

Puan Nurul Huda sering kali muncul dalam FB. Bila ada waktu yang senggang aku bertanya khabar tentang perkembangan Bahasa Melayu di tempat beliau mengajar, di Universiti Rajapat,Jala,Fathoni Darussalam.

Bila sampai ke Jala,Aku menghubungi beliau. Sebelum itu beliau telah berpesan,"Encik call saya bila tiba di Jala." Tengahari itu sebelum bertolak ke Patani,beliau datang menemui kami di kedai makan masakan Arab. Beliau datang bersama suami dan 2 orang anak lelaki. Anaknya yang kecil itu sudah boleh berbahasa Melayu.Anak kecil itu mengucapkan "Terima kasih" ketika kami menghulurkan berapa helaian baht kepadanya.

Puan Nurul Huda melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di Universiti Malaya. Beliau mendapat "Masternya' dalam bidang bahasa Melayu. Selepas itu ditawarkan mengajar di Universiti Rajapat,Jala.

Ketika ditanya tentang cabaran dan halangan mengajar Bahasa Melayu di bumi Patani, beliau berkata," masalah dialek" Contohnya,perkataan 'kenapa' disebut 'kenapo'

Beliau hasrat untuk melanjutkan pelajarannya sampai ke peringkat Ph.D. " Kalau boleh nak ke Australia....ataupun ke Universiti Malaya."

Selesai makan suaminya, Encik Ahmad( tidak banyak bercakap dengan kami, kata Puan Nurul Huda suaminya bersekolah Siam, dialek Patani bolehlah. Beliau lebih banyak senyum daripada bercakap) menghadiahkan kami dengan 2 kotak buah dukong yang segar. Buah ini dari dusun Bapak mertuanya.


Oleh Shakir Taha

Tuesday, 21 January 2014

Mendidik Sewaktu Rebung

Kami sempat singgah di Tadika Raudah Al-Irsyad.Hari ini anak kecil itu menyambut Mauludil Rasul.

Menurut Ustaz Solahudin sekarang terdapat 410 orang anak-anak di tadika ini. Menurutnya lagi bangunan ini sudah terlalu uzur dan perlu diganti dengan baru.

Mereka sudah pun dalam perancangan untuk membuat tadika baru yang lebih selesa.

Bangunan lama agak sempat yang terletak dalam bandar Jala.

Persembahan ringkas sebelum menerima hadiah.












Anak-anak kecil duduk bersila dengar ucapan perasmian.Ada yang sesah dan gelisah. Ada yang berbual-bual dan ketawa. Begitulah resmi anak-anak kecil ini.

Biarkan begitu mereka tetap tabah menunggu hingga ke penghujung acara.