sponsor

Sunday, 26 January 2014

Angin Pagi Di Hadapan Pintu Universiti Putra Songkhla

Biasanya bila di Patani kami kerap bersarapan di kedai kopi milik orang Melayu Legor. Makannya sedap dan tidak mahal. Ramai pelajar universiti dan pensyarah suka makan di situ. Ustaz Kamaruddin Kassim suka makan di situ. Tambahan pula seorang pensyarah dari Negara Matahari Terbit suka makan di situ. Hara Shinataro namanya. Berbangsa Jepun. Boleh bercakap Bahasa Melayu dengan baik. Tulisannya dalam Bahasa  Melayu indah. Kata Pak Abdul Rahman Dewani pengarang Melayu yang cukup terkenal itu, " bahasa Melayu Shintaro lebih baik daripada saya, bahasa Thainya juga lebih baik daripada saya.". Suatu pengakuan yang cukup jujur keluar dari mulut anak Patani

Beberapa kali aku cuba menghungi dia tetapi ada urusan rasmi yang perlu diselesaikan dengan segara.Aku tidak pernah bertemu dengan dia di Patani. Aku hanya boleh merancang tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Aku tidak mengangka dapat bertemu dengan 'Samurai' ini di tempat kelahiran aku,Pulau Pinang. Aku hanya ingin bertemu dengan kawan-kawan dari Fathoni Darussalam  yang datang ke Universiti Sains Malaysia.

Tiba-tiba muncul di celah malam yang gelap bersama Prof. Dr.Kamarulzaman.

Ternyata anak muda Jepun ini yang usianya hampir menjangkau  40 tahun cukup peramah dan senang diajak berbicara.Dia cukup akrab dengan laptopnya. Dia akan berhenti menghadap laptopnya bila diajak berbicara tentang Patani.



Benarnya kata Pak Abd.Rahman Dewani, Shinataro boleh menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Bahasa Inggerisnya bagus. Bahasa Thainya cukup baik. Dia boleh bercakap dan menulis bahasa Thai.

Hara Shintaro anak dagang di rantau orang.
Tidak sombong dan bangga diri.
Patani Melayu tetap dibantu
Biarpun diganggu hantu..


Oleh  Shakir Taha

No comments:

Post a Comment