sponsor

Friday 24 January 2014

Budi DiSanjung, Bahasa DiMartabatkan

Ketika di majlis perasmian Dewan Bahasa dan Pustaka Melayu Thailand Aku sempat berjumpa dengan beberapa orang tokoh yang terlibat dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Nama-nama seperti Suhaimi,Pak Cu Leh,Hj Ismail, Baba Din(Hj.Hamiding Sanor) Puan Nurul Huda dan Hj Sukri.

Pak Cu Leh@ Hj Muhaimin orang kuat PERKASA sudah aku kenal cukup lama. Seronok berbual dengan dia.Demikian juga dengan tokoh sejarah Patani,Tuan Hj Ismael yang cukup rajin bercerita tentang sejarah Patani.Cikgu Suhaimi sering kali namanya disebut oleh Ustaz Kamaruddin Kassim aktivis sosial yang cukup aktif itu,walaupun usia sudah menjangkau 60 tahun. Kuat dan aktif macam orang berumur 40 tahun. Suhaimi ada waktunya muncul dalam FB. Beliau mengajar di sekolah teknik Jala.

Puan Nurul Huda sering kali muncul dalam FB. Bila ada waktu yang senggang aku bertanya khabar tentang perkembangan Bahasa Melayu di tempat beliau mengajar, di Universiti Rajapat,Jala,Fathoni Darussalam.

Bila sampai ke Jala,Aku menghubungi beliau. Sebelum itu beliau telah berpesan,"Encik call saya bila tiba di Jala." Tengahari itu sebelum bertolak ke Patani,beliau datang menemui kami di kedai makan masakan Arab. Beliau datang bersama suami dan 2 orang anak lelaki. Anaknya yang kecil itu sudah boleh berbahasa Melayu.Anak kecil itu mengucapkan "Terima kasih" ketika kami menghulurkan berapa helaian baht kepadanya.

Puan Nurul Huda melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di Universiti Malaya. Beliau mendapat "Masternya' dalam bidang bahasa Melayu. Selepas itu ditawarkan mengajar di Universiti Rajapat,Jala.

Ketika ditanya tentang cabaran dan halangan mengajar Bahasa Melayu di bumi Patani, beliau berkata," masalah dialek" Contohnya,perkataan 'kenapa' disebut 'kenapo'

Beliau hasrat untuk melanjutkan pelajarannya sampai ke peringkat Ph.D. " Kalau boleh nak ke Australia....ataupun ke Universiti Malaya."

Selesai makan suaminya, Encik Ahmad( tidak banyak bercakap dengan kami, kata Puan Nurul Huda suaminya bersekolah Siam, dialek Patani bolehlah. Beliau lebih banyak senyum daripada bercakap) menghadiahkan kami dengan 2 kotak buah dukong yang segar. Buah ini dari dusun Bapak mertuanya.


Oleh Shakir Taha

No comments:

Post a Comment