sponsor

Thursday, 6 March 2014

Muzium Madrasah Ahmadiyiah Menyimpan Manuskrip Sheikh Hamzah Fansuri

Kami tidak menyangka di pondokAhmadiyiah ada menyimpan manuskrip Melayu lama. Di sini rupanya ada muzium yang dibina untuk menyimpan Al-Quran dari pelusuk dunia.

Kebanyakan Al-Quran ditulis tangan dengan menggunakan tulisan thuluth. Ada yang dimakan kasai dan anai-anai. Tetapi keadaannya tidaklah teruk. Menurut mudir madrasah ini, Ustaz Lutfi kerja baikpulih manuskrip dan Al-Quran menelan belanja yang banyak dan memakan masa. Kerja baikpulih naskah lama dihantar ke Turki.


Muzium ini dijaga dengan cukup rapi. Muzium ini terletak di Jeringo.wilayah Menara kira-kira 90 kilometer daripada bandar Patani.

Ustaz Lutfi menjelaskan, setiap hari ada pelawat yang berkunjung dari pagi hingga ke petang.

Negara Patani Darussalam suatu dahulu terkenal sebagai 'Serambi Mekah' sering kali dikunjung oleh saudagar dan ulama dari seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah daerah ini menjadi tumpuan  ulama besar seperti Sheikh Hamzah Fansuri. Malah hubungan antara Acheh dan Patani Darussalam sudah lama terjalin.


Selain terdapat Al-Quran yang berusia ratusan tahun, manuskrip sastera Melayu lama masih banyak tersimpan di pondok  ini.


Tokoh ulama sufi dan pujangga Melayu Acheh yang terkenal dikatakan pernah datang ke sini dan meninggal manuskripnya di wilayah ini. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka mengembara  mencari 'Tuhan'

Berdasarkan tulisannya,

Hamzah nin asalnya Fansury
Mendapat wujud di tanah Shahrnawi
Beroleh khilafat ilmu yang 'ali

Hamzah di negeri Melayu
Tempatnya kapur di dalam kayu
Asalnya manikam tiadakan layu
Dengan ilmu dunia di mankan payu

Hamzah Fansury di dalam Mekkah
Mencapai Tuahn di Baitul Ka'bah
Dari Barus terlalu payah
Akhirnya dijumpai di dalam rumah.

Dengan syair sekurang-kurangnya kita mendapat gambaran sosok Hamzah Fansuri.

Hamzah Fansuri  hidup pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda(1607-1636). seorang tokoh besar yang mengangkat bahasa Melayu dari bahasa lingua-franca, menjadi bahasa ilmu dan sastera.

Prof. Dr. Naquib Al-Atas dalam bukunya, "The Mysticism of hamzah Fansuri" menyatakan bahawa  Hamzah  Fansuri sebagai Pujangga Melayu terbesar dalam abad  XVII, penyair Sufi yang tidak taranya pada zaman itu.

Oleh Shakir Md Taha

Wednesday, 5 March 2014

Terima Kasih Syarikat Hassani

Kami daripada NGO Aman Patani tidak mempunyai dana yang banyak untuk membantu madrasah atau pondok yang di seluruh wilayah Negara Patani Darussalam.

Dalam lawatan baru-baru ini ke pondok Ahmadiyiah di Jeringo kami sempat menyampaikan Al-Quran sumbangan Syarikat Hassani dan kakitangannya.

Menurut Nurul Hidayu, pihak cukup berbesar hati bila mendapat tahu pihak Aman Patani sudi menjadi 'posman' bagi menyampaikan Al-Quran kepada madrasah Ahmadiyiah Wakaf Anak Ayam di Jeringo,Menara.

Madrasah ini dipimpin oleh Ustaz Lutfi yang baru berusia 40 tahun. Madrasah ini sentiasa tumpuan pelawat daripada luar negara seperti Turki,Indonesia,Malaysia,Singapura dan Indonesia.

Sukarelawan Aman Patani Ke Patani

Dua orang sukarelawan yang baru menyertai NGO Aman Patani menawarkan diri untuk ke Patani wilayah yang bergolak dan berkocak. Mereka mendapat sokongan daripada ibubapa untuk turun ke lapangan bagi menyaksikan sendiri degup jantung Patani Darussalam.

Sebelum turun ke Patani mereka telah diberikan sedikit penerangan ringkas agar tidak berlaku kejutan budaya.

Dua orang sukarelawan,Nurul Hidayu(bertudung merah) dan Nurul Nabilah(bertudung biru) mula merasa gementar bila mula sampai ke Jala. .Tetapi setelah dua berada di bumi Patani perasaan gementar  hilang dan bertukar gembira.Mereka terharu dengan keramahan dan baik budi orang Patani.


Nurul Hidayu yang berkhidmat dengan Syarikat Hassani Sungai Patani, berasa bertuah kerana majikannya memberikan  cuti dalam membuat kerja-kerja amal sebegini.Malah pihak syarikat turut menyumbangan Al-Quran kepada pondok di Patani. Menurut Nurul Hidayu pihak syarikat turut memberikan diskaun(potongan) yang tinggi kepada staf yang membeli Al-Quran untuk dihadiahkan kepada pondok di Patani.

Kata Nurul Nabilah,"Saya hendak ke lagilah." bila ditanya tentang keadaan di Patani.

Semasa di Jala mereka sempat melihat sukarelawan Deep Peace bekerja membantu anak yatim yang terpinggir dan 'melarat'. Sukarelawan ini bekerja dengan hati yang tenang. Mereka tidak menerima sebarang elaun dan sebagainya.Hati mereka terpaut membantu anak yatim yang berbaris panjang di sepanjang sejarah.

Kali pertama mereka menjejak kaki ke bumi Fathani, mereka berkesempatan menziarahi wajah ceria As Syahid Ustaz Khairi dan bertemu dengan keluarganya.































Oleh Shakir Md Taha

Saturday, 1 March 2014

SB Tubuhkan Yayasan Pendidikan Dan Kemanusiaan

Encik Wan Abdul Rahman Wan Hussein mulai awal tahun ini sudah tidak bersama Global Peace Mission(GPM) lagi.Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Perkumpulan Al-Ehsan Berhad.

SB walaupun sudah tidak bersama GPM tetap terus dengan dengan kerja-kerja membantu anak yatim di wilayah Menara,Jala,Patani dan Kelantan. Beliau kelihatan cukup ceria dan bersemangat dengan tugas baru ini.

Menurut Encik SB lagi pihak lebih menumpukan kepada  program anak yatim dan penjualan buku.Aktiviti untuk anak yatim(Ayata Tabal) diadakan di masjid dengan tujuan mendekat anak muda dengan masjid. Program seperti ini diadakan sebulan sekali.

Tujuan penjualan buku sebagai bentuk pendidikan dan menggalakkan budaya membaca dikalangan anak muda.Pihaknya bersedia memasarkan buku-buku daripada mana-mana pihak yang berminat.

Dalam usaha untuk mendapat dana pihaknya mungkin akan menjalankan perniagaan.

Pihak Al Ehsan juga akan membawa penyumbangan tetap melawat pusat anak yatim di Hujung Selatan(Jala,Patani dan Menara) sebagai menghargai sumbangan mereka.

Anda yang ingin menyumbang kepada Perkumpulan Al Ehsan Berhad bolehlah 'bank in' ke akaun

BIMB 120290100-69709

Oleh  Shakir Md Taha