Kami tidak menyangka di pondokAhmadiyiah ada menyimpan manuskrip Melayu lama. Di sini rupanya ada muzium yang dibina untuk menyimpan Al-Quran dari pelusuk dunia.
Kebanyakan Al-Quran ditulis tangan dengan menggunakan tulisan thuluth. Ada yang dimakan kasai dan anai-anai. Tetapi keadaannya tidaklah teruk. Menurut mudir madrasah ini, Ustaz Lutfi kerja baikpulih manuskrip dan Al-Quran menelan belanja yang banyak dan memakan masa. Kerja baikpulih naskah lama dihantar ke Turki.
Muzium ini dijaga dengan cukup rapi. Muzium ini terletak di Jeringo.wilayah Menara kira-kira 90 kilometer daripada bandar Patani.
Ustaz Lutfi menjelaskan, setiap hari ada pelawat yang berkunjung dari pagi hingga ke petang.
Negara Patani Darussalam suatu dahulu terkenal sebagai 'Serambi Mekah' sering kali dikunjung oleh saudagar dan ulama dari seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah daerah ini menjadi tumpuan ulama besar seperti Sheikh Hamzah Fansuri. Malah hubungan antara Acheh dan Patani Darussalam sudah lama terjalin.
Selain terdapat Al-Quran yang berusia ratusan tahun, manuskrip sastera Melayu lama masih banyak tersimpan di pondok ini.
Tokoh ulama sufi dan pujangga Melayu Acheh yang terkenal dikatakan pernah datang ke sini dan meninggal manuskripnya di wilayah ini. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka mengembara mencari 'Tuhan'
Berdasarkan tulisannya,
Hamzah nin asalnya Fansury
Mendapat wujud di tanah Shahrnawi
Beroleh khilafat ilmu yang 'ali
Hamzah di negeri Melayu
Tempatnya kapur di dalam kayu
Asalnya manikam tiadakan layu
Dengan ilmu dunia di mankan payu
Hamzah Fansury di dalam Mekkah
Mencapai Tuahn di Baitul Ka'bah
Dari Barus terlalu payah
Akhirnya dijumpai di dalam rumah.
Dengan syair sekurang-kurangnya kita mendapat gambaran sosok Hamzah Fansuri.
Hamzah Fansuri hidup pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda(1607-1636). seorang tokoh besar yang mengangkat bahasa Melayu dari bahasa lingua-franca, menjadi bahasa ilmu dan sastera.
Prof. Dr. Naquib Al-Atas dalam bukunya, "The Mysticism of hamzah Fansuri" menyatakan bahawa Hamzah Fansuri sebagai Pujangga Melayu terbesar dalam abad XVII, penyair Sufi yang tidak taranya pada zaman itu.
Oleh Shakir Md Taha

No comments:
Post a Comment