sponsor

Wednesday 1 October 2014

Bau Angin Yang Menyesak Dari Legor

Aku tidak pernah terfikir hendak bertemu dengan Prof  yang berasal dari Legor ini.Cuma bila SB yang berasal dari Patani itu memberi tahu dia hendak datang ke Malaysia bersama rombongan dari Universiti Mahidol. Dia memberi tahu Aku Prof itu hendak membuat kajian tentang penghijrahan penduduk dari wilayah Patani,Menara dan Jala. Aku menyatakan hasrat untuk bertemu dengannya.Aku ingatkan Prof itu seorang lelaki tapi rupa seorang perempuan yang berusia 47 tahun.Dia datang ditemani oleh suaminya seorang ahli perniagaan.Beliau mempunyai kilang kecil membuat kari di Legor.

Prof atau gelaran yang setetapnya  Assoc.Prof Aziah Abdul Hamid @ Aree Jampaklay bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Institut Kependudukan dan Kajian Sosial Universiti Mahidol,Bangkok,Thailand.Beliau mendapat ijazah Ph.D nya daripada Universiti North Carolina,Amerika Syarikat. Beliau fasih berbahasa Thai,Inggeris dan Bahasa Indonesia.Beliau pernah tinggal di Indonesia selama 1 tahun.  Sayang sekali Bahasa Melayunya agak kurang sedikit.Ini dinyatakan oleh beliau sendiri ketika Aku menghadiah sebuah buku tentang Patani dalam bahasa Melayu. Katanya beliau mungkin faham 10 peratus sahaja daripada kandungan buku itu.Mungkin SB yang bernama Hassan Thola dapat membantu Prof. dalam hal ini.

 Prof yang berasal dari bekas kerajaan Melayu menyebut dirinya sebagai 'Thai Muslim'.Aku hanya tersenyum sahaja bila dia menyebut tentang etniknya sebagai 'Muslim Thai'.Tentunya Jeneral Songgram dan pengikutnya gembira dengan kenyataan ini.Dasar Rattanayum berjaya ditanam dan tumbuh subur dihati sanubari anak Melayu Legor.

Dahulu menurut Prof Aziah, di Legor terdapat banyak pondok. Di pondok inilah bahasa Melayu diajar dan lulusan boleh berbahasa Melayu.Kebanyakan penduduk di Legor menggunakan bahasa Melayu dialek Kedah. Menurut aktivis lapangan Ustaz Kamaruddin suatu masa dahulu orang Kedah yang hendak membuat geran tanah terpaksa ke Legor.

Jelas Prof lagi bapanya boleh menulis jawi dan menguasai bahasa Melayu dengan baik.Tetapi generasinya tidak boleh berbahasa Melayu kerana dasar 'Rattanayum' oleh pemerintah Thai-Buddha.


Oleh Shakir  Taha                                                             

1 comment: