sponsor

Saturday 6 December 2014

Siri 7. Lain Padang Lain Belalang


Mengajar di Setul.

Kaedah biasa yang diajar  seperti  a e i o u.  tidak begitu serasi dengan pelajar di Hujung Selatan. Kaedah pedagogi yang sangat sesuai:-

a i e e o

Bila dieja dengan sukata

Ba  Bi Bu  Be Be Bo

Tidak seperti
Ba be bi bob u menyukarkan murid  berlidah  Thai melagukan sukakata tersebut.

Wilayah Satun menggunakan buku yang dibekalkan oleh PERKASA yang berpusat di Patani. Pengalaman penulis melawat ke PERKASA amat mendukacitakan. Mereka tidak selesa ditegur apabila melakukan kesalahan. Pada hemat mereka bahasa yang digunakan di Patani betul dan mewakili wilayah Patani.


Aku pernah berbincang dengan mereka beberapa kali. Di mankah sumber rujukan mereka. Samada Indonesia atau Malaysia. Kalau Indonesia, mana kamusnya yang mentafsirkan sebutan Bahasa Patani kepada Bahasa Indonesia atau Malaysia.( Kata seorang kawan, "mereka main hentam sahaja,ikut sedap bunyi.").

Sebagai contohnya , Bahasa Inggeris ada dua sumber rujukan. Samada kita rujuk kepada English UK atau English Amerika Syarikat. Kedua-dua bahasa ini ada kamus yang merujuk perkataan satu dengan  yang lain. Perbezaannya tidak begitu ketara dalam susunan tatabahasa dan penggunaan tanda bacaan.


Bahasanya amat meloyakan. Penuh dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa. Bahasa Melayu di sini dicemarkan oleh orang Melayu sendiri.


BERSAMBUNG


Oleh Abang Joe KL.

2 comments:

  1. Adoii..rasa nak pitam pakcik :)

    ReplyDelete
  2. Menurut Karlisa buku ini ditulis orang penulis Siam. Persoalannya kenapa tidak diedit sbelum dicetakan.Saperti kata Encik Abdul Razak Panamalae membuat kerja yang cukup memalukan.

    ReplyDelete