sponsor

Tuesday, 22 September 2015

Ikan Bilis Di Tanjung Dawai

Bot penambang sentiasa menanti kedatangan anda seawal pukul 8.00 pagi di Pantai Merdeka bagi mereka yang hendak ke Tanjung Dawai melalui jalan laut. Tambangnya hanya RM2.00 dan tidak sampai 3 minit sudah tiba di jeti Tanjung Dawai,Kedah.


















Kiri, jeti Tanjung Dawai.

Bot penambang akan bertolak sebaik sahaja ada penumpang melebihi 6 orang. Perkhidmatan bot penambang bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 7.00 malam. Menurut seorang penduduk di sini keadaan di Tanjung Dawai biasanya sibuk pada Sabtu, Ahad  dan musim cuti sekolah. Ramai pelancongan tempat yang datang membeli ikan bilis di sini. Pengusaha ikan bilis tempatan(Tanjung Dawai) sentiasa menjadi qualiti ikan bilis yang dijual kepada pelanggan. Harga yang dijual mengikut gred.













Ikan bilis yang dijual di sini adalah produk tempatan.Demikian juga belacan tumbuk yang dengan harga RM7.00 sekilo.Selain ikan bilis dan belacan terdapat juga ikan masin,sotong kering,keropok beranika jenis.


Anda juga boleh menjamu selera di warung-warung yang terdapat sini. Mereka menjual dengan harga yang berpatutan.

Kata seorang aktivis BAKUN,Cikgu Hj Md Yatim dalam pantunnya

Ada beza mengutip dan mengaut
Seperti burung belatuk dengan tekukur
Negara ini kaya juga dengan hasil laut
Tapi masih ramai yang belum bersyukur.














































Saturday, 19 September 2015

Sahabat Lama

Cukup lama Aku tidak bertemu dengan Ismail Arshad. Hampir empat puluh tahun. Berasal dari kampung Permatang Bertam,Kepala Batas,Pulau Pinang.

Beliau sekarang menetap di Pekan Sik,Kedah. Pernah menjadi guru dan bersara sebagai seorang pengetua di sebuah sekolah di Pekan Sik.

Orangnya cukup simple dan mudah diajak berbicara. Baru-baru ini bertemu di sebuah kedai kopi di Pekan Jeniang.

Pekan Jeniang  tidaklah sesibuk Sungai Petani.Pagi itu jerebu semakin berkurang dan kendaraan yang lalu lalang tidak sibuk. Jadi perbualan kami tidaklah diganggu oleh suara bising kereta,motorsikal dan lori.

Pekan Jeniang setahu Aku terdapat ramai penternak lebah kelulut. Aku pernah membeli sebotol dan harganya agak mahal.


Oleh Shakir Taha


Sunday, 13 September 2015

Rezeki Melambai Di Pantai Kuala Muda

Di sini Aku dilahirkan
Bersama angin
Bersama ombak
Aku dari laut.

Setiap hari nelayan melimpahkan hasil tangkapan mereka di tepi pantai. Rezeki mereka melimpah ruah.Kalau tidak angin kuat dan ribut tidak mengamuk pasti ada hasil tangkapan dibawa pulang.

Biasanya mereka membawa naik,ikan,udang dan ketam pada pukul 10.00 pagi. Waktu kemuncaknya pukul 11.00 pagi.Pembeli dan peraih sudah sedia menanti.
Di sini ikan cukup segar.







Di sini nelayan menjual ikan secara bisik.Mereka yang meletakan harga yang tertinggi akan menjadi miliknya. Ada jual pembeli yang membeli terus dari bot nelayan yang mendarat. Biasanya nelayan ini menjual ikan rendah sedikit daripada harga pasaran. Ada waktunya mereka kata 'sedekah'. Ada waktunya mereka 'kira lelong sahaja'

Mungkin anda yang tidak biasa dengan kaedah bisik ini merasakan sukar untuk bersaing dengan peraih ikan yang sudah berpengalaman.Anda boleh minta bantuan nelayan yang ada di situ. Mereka boleh membantu anda.








Ikan di sebelah kanan ini biasanya dibeli oleh suri rumah ataupun pembeli biasa.Anda perlu bijak 'membaca' harga ikan yang hendak ditawarkan dengan cara berbisik. Apapun harganya lebih murah daripada pasaran. Ikan cukup segar. Tidak ada bahan pengawet yang digunakan.
















Peraih dan pemborong biasanya orang Tionghua.Ada yang datang dari Bukit Mertajam,Kulim, Baling dan Perak. Mereka mempunyai pelanggan sendiri. Ada juga yang membekal kepada restoren di tempat masing-masing.


Oleh Shakir Taha















Saturday, 12 September 2015

Cikgu Md Yatim Menyantuni Sepi Dan Rindu Anak Yatim

Nama Cikgu Md Yatim tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Pekan Kulim terutama dikalangan anak yatim. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah. Pak Ngah bagi anak yatim ialah tempat mereka mengadu,tempat mereka menumpang kasih sebagai seorang lelaki yang bernama 'Ayah'

Menurut Cikgu Md Yatim anak yatim tidak memerlukan sangat wang ringgit. Mereka rindukan kasih sayang seorang Ayah untuk bermanja dan bersiar-siar seperti anak-anak yang mempunyai seorang ayah.

Segala perbelanjaan aktiviti rehlah anak yatim sumber perbelanjaannya datang darpada hasil perniagaann yang diinfakkannya dan sumbangan orang rama atas nama fi sabililLah.

Setakat ini beliau menguruskan kurang 40 orang anak yatim dalam aktivitinya. Beliau mempunyai bas sendiri untuk membawa anak-anak yatim ini dalam segala aktiitinya.Ada waktunya anak-anak ini dikena wang komitmen sebanyak RM3.00 untuk aktiviti mereka.Ibu-ibu yang hadir ke program diberi wang sagu untuk mengisi minyak kereta.

Menurut Cikgu Md Yatim ibu tunggal ada yang berkahwin semula bila mendapat jodoh yang sesuai.Mereka ini terus melibatkan diri sebagai aktivis BAKUN(Pertubuhan Bakti Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Mukminun)

Ibu-ibu tunggal cukup gembira dan berpuas hati bila Cikgu Md Yatim membawa anak-anak mereka menyertai aktiviti BAKUN.Mereka memberi kepercayaan yang penuh kepada Cikgu Md Yatim dan tidak ada sedikit pun bimbang  dan ragu.

Oleh Shakir Taha