Dalam lawatan kami ke Pusat Jalannan Baru Yala, kami berasa bangga apabila aktivis sosial, Ustaz Kamaruddin telah diminta memberi sedikit ucapan kepada peserta di sini. Mereka adalah penagih dadah. Ada lebih kurang 80 peserta di sini. Seorang sahaja berugama Buddha.
Ustaz Kamaruddin menyampaikan ucapan nasihatnya dengan menggunakan loghat Melayu Pattani. Peserta memahami ucapan Ustaz yang berbaju batik ini. Peserta mampu jawab soalan yang dilontarkan oleh Ustaz Kamaruddin.
Ucapan Ustaz ringkas dan padat.
Dan peserta kelihatan penuh tekun mendengar nasihat dari Ustaz yang berusia 57 tahun tapi masih kelihatan awet muda.
Oleh Shakir Taha
No comments:
Post a Comment