sponsor

Thursday 29 December 2011

Ilmu Tetap Dituntut Di Wilayah Ini

Biarpun apa yang terjadi di sini,Yala wilayah yang ada waktunya tenang.Ada waktunya bergolak dan berkocak. Dan ada waktunya berdarah! Tapi dari segi menuntut ilmu, mereka patuh penuh sungguh.Ilmu tetap diberi keutamaan oleh tua dan muda. Tidak kira lelaki atau perempuan.Ilmu yang disampaikan oleh Tuan Guru di mesjid sentiasa penuh dan padat.Dan pada hari itu ada pasar  "Sehari".Selepas kuliah ummuni mereka bertebaran membeli belah.Di sini rata-rata yang berniaga ialah wanita.Kaum lelaki  ada tapi bilangannya boleh dihitung dengan jari.


Mereka datang dengan menaiki bus,kereta dan motorsikal. Jalan raya penuh sesak. Tetapi kemalangan jarak sangat berlaku.Di sini kenderaan yang besar menghormati yang kenderaan kecil. Hon jarang sekali dibunyikan walaupun keadaan penuh sesak.

Di pinggir jalan ramai sekali orang berjualan. Keadaan ini akan semakin reda apabila solat zohor mula menyapa.Mereka berpusu-pusu menuju ke mesjid untuk bersolat jemaah.Setiap sudut mesjid penuh.Oleh kerana ruang mesjid sudah penuh ada jemaah terpaksa menunggu untuk bersolat jemaah.


Oleh Shakir Taha

No comments:

Post a Comment