sponsor

Monday 24 September 2012

Kembara Bersama Ustaz Kamaruddin

Aku ke Patani(orang Arab sebut Fathoni) bersama Ustaz  Kamaruddin Kassim. Beliau orang aktivis yang mengorbankan masa,wang ,tenaga dan fikiran hanya untuk Islam. Untuk bergerak ke sana ke mari perlukan wang. Tapi dalam bacaan aku. Ustaz yang baru mendapat cucu ini tidak pernah menjadikan wang sebagai alasan untuk tidak bergerak aktif dalam dakwah di lapangan. Dia cukupdisenangi oleh anak muda khususnya Aman Patani dan Unggas. Salah seorang anak muda yang bernama Saiful Affendi Sulaiman(nama Saiful selalu disalah sebut oleh seorang aktivis wanita daripada UNGGAS) cukup selesa dengan Ustaz Din. Bagi beliau kehadiran Ustaz Din dalam Aman Patani sebagai penambahbaik.

Aku sendiri cukup selesa bersama Ustaz Din. Beliau cukup mahir jalan,lorong,denai,sungai di Fathani dan Jala. Bila ke Fathani Darussalam dia tidak memerlukan GPRS. Dia sendiri adalah GPRS.Jadi bila ngembara ke 'Serambi Mekah' ini aku boleh 'tidur lena' dalam keretanya tanpa sebarang kebimbangan sesat jalan.







Bila ke Fathani tidaklah payah. Ustaz  mempunyai kenalan yang cukup ramai. Setiap tempat,cerok rantau ada sahaja kawan dan rakan yang ditemui.

Di Fathani dan Jala makanannya cukup sedap dan harganya cukup berpatutan. Ustaz Din tahu kedai makan mana yang sedap dan murah.Setiap kedai yang kami singgah dan makan,Ustaz makan dengan cukup selera sekali


Oleh Shakir Taha

No comments:

Post a Comment