sponsor

Monday, 8 October 2012

Bertemu Dengan Kariah Mesjid Kg Pupur,Narathiwat

Kampung Pupur terletak jauh di pedalaman di wilayah Narathiwat. Kami dari NGO Aman Patani telah diamanahkan untuk memberikan sedikit sumbangan kepada tadika yang terletak di Mesjid Darul Ehsan Kampung Pupur.

Kira-kira pukul 9.30 waktu tempatan kami sampai ke sini.Ramai sudah menunggu kedatangan kami.
Tapi yang ramai nampaknya kaum wanita. Mereka bercakap Bahasa Melayu Patani(macam bahasa loghat Kelantan).


Makanan sudah sedia menanti kedatangan kami. Makanannya sedap tetapi cukup dengan yang ada di Malaysia. Ada nasi kerabu. Kuih muih. Kopi kampung yang aroma cukup harum.Sedap diminum.

Perjalanan kami ke kampung ini dipandu oleh NGO dari Jala.

Salah seorang daripada penduduk di sini menceritakan tentang   masa depan kampung ini dan nasib anak muda di sini. Semacam ada perancangan halus daripada pihak yang berkepentingan untuk menghancurkan masa depan anak muda di sini. Anak muda di sini disogok dengan dadah.Ramai yang terlibat dengan penagihan dadah.

Pihak pemerintah yang berpusat di Bangkok semacam tidak kisah dengan gejala ini. Mereka memejamkan mata sahaja.Khabarnya dadah dibawa oleh yang orang bersenjata. Pastinya orang bersenjata ini bukannya orang Islam.

Penduduk di sini cukup bimbang tentang masa depan pendidikan anak-anak mereka. Ada yang menghantar anak mereka ke Kelantan dan Timur Tengah.

Di sini mereka adalah orang yang tertindas. Mereka tidak diberi hak untuk menggunakan bahasa Melayu di sekolah oleh pemerintah Thai Buddha. Dan nyawa mereka sentiasa diancam oleh orang yang bersenjata.Protes mereka bakal dijawab dengan mulut M 16.

No comments:

Post a Comment