Tahun lepas(2012) rombongan badan NGO dari Malaysia,AMAN PATANI datang menziarahi wajah-wajah yang terluka. Waktu itu Baba Ismail tiada di pondoknya.Dia berada dibalai polis untuk soalsiat. Bulan ramadhan. Kami tidak dapat bertemu dengannya. Itu setahun yang lalu.
Tahun ini kami sekali lagi menziarahi pondok Baba Ismail. Kali ini juga kami tidak dapat bertemu dengannya buat selama-lamanya. Beliau telah pulang menemui Penciptanya.
Beliau baru menyiapkan pondoknya. Masih baru dan kelihatan segar. Tengahari itu kami menziarahi rumahnya. Isterinya masih dirawat di hospital. Ada lelakinya ada di rumah. Kami sempat berbicara dengan anak lelakinya dan anak saudaranya.

Sebelum Baba Ismail ditembak mati, beliau sering 'diziarahi' oleh pihak tentera hitam. Hampir setiap hari. Ada waktunya dua kali sehari tentera datang ke rumahnya.
Tetapi seminggu sebelum beliau ditembak mati, tentera hitam sudah tidak lagi datang 'menzirahi' belau lagi.
Mungkin mereka membuat perancangan apa yang perlu dilakukan terhadapa.
Pagi itu ketika suasana yang tenang dan damai empat orang tentera hitam Siam datang dengan mtorsikal. Mereka menutup muka. Sebaik sahaja sampai dimuka pintu rumah Baba Ismail, nama Baba dipanggil.Baba waktu itu sedang mentelaah kitab. Beliau dan isteri menerpa ke muka pintu. Masa itulah lelaki yang bertopeng hitam melepaskan tembakan ke batang tubuh Baba.Baba rebah dan jatuh. Kelihatan keadaan yang serba cemas, isteri cuba melarikan diri. Beliau juga ditembak dan cedera parah serta tidak sedarkan diri beberapa lama.
Kesan tembakan peluru M-16 masih jelas kelihatan.