sponsor

Tuesday, 22 April 2014

Bacaan Untuk Sukarelawan

Buku ini saya kira menarik kerana  merupakan satu-satunya teks yang komprehensif  tetapi relatif ringkas dalam bahasa  Melayu  tentang  kerja   komuniti(turut  mencakup pendekatan  atau genre Kerja Sosial,  Pembangunan Komuniti, Kesukarelawanan,  Khidmat Komuniti/Masyarakat, Keusahawanan Sosial,   dan  bidang-bidang  berkaitan) yang boleh dijadikan panduan/rujukan oleh  pengamal(profesional dan sukarela) dan  para  pelajar   bidang  berkenaan

Bekerja dengan Komuniti setebal 205 halaman, ialah sebuah buku  tentang  fundamentals kerja  komuniti.  Pelbagai aspek kerja komuniti dihuraikan meliputi  tujuan dan matlamat kerja, mengenal  komuniti,  nilai dan  etika kerja,  model-model  kerja  komuniti,  siapkah  pekerja komuniti? profil komuniti, penyusunan(pengorgorganisasian) komuniti,  isu-isu  dalam  kerja  komuniti,  tenaga penggerak komuniti,  rangkaian/jaringan sosial, sumber,  proses pendidikan dalam  kerja komuniti, penyelidikan,  dan penggunaan media.


Buku ini ditulis oleh Prof. Madya  Dr. Azizan Bahari, seorang tenaga pengajar di  Pusat Pengajian Pembangunan  Insan  dan Teknokomunikasi( iCOM), Universiti  Malaysia  Perlis.

'Bekerja dengan Komuniti'  diterbitkan oleh Pustaka Qarya dan  dijual dengan harga  RM30.00.


Oleh  TS Kembara.

Monday, 7 April 2014

Tamu Senja Pulang Ke Lubuk

Bulan ini kami menerima tetamu dari NGO Negara Patani Darussalam. Pertama ialah HAP(Hak Asasi Perikemanusiaan). Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang sudah berumahtangga. Penguasaan bahasa Melayu mereka boleh dipertingkatkan lagi bagi memudahkan urusan berkomunikasi. Penggunaan bahasa Melayu dialek Patani disulam dengan bahasa Siam sedikit sebanyak membantut perbincangan. Kumpulan ini tidak banyak berbicara kerana terpaksa berfikir dalam kotak Siam dan mengeluarkan 'pandangan' mereka. Perbicangan tidak begitu lancar. Tapi itu bukanlah menjadi halangan untuk berbicara dengan saudara yang datang dari seberang sempadan. Pihak Amani kelihatan agak 'ceroi' menyambut kedatangan tamu istimewa.HAP dibawa melawat ke Muzium Jeruk Pak Ali dan Pulau Aman.

Anak muda dari People's College dibawa melawat ke Bukit Bendera.Mereka mendapat potongan istimewa kerana dikira sebagai pelajar(walaupun pelajar asing).









Melawat ke Pulau Aman macam satu kemestian. Di sini terdapat 'Telaga Emas' yang airnya tidak masin walaupun terletak di gigi pantai. Telaga ini dijaga elok dan dibina 'kepungan' untuk memudahkan mengambil air.





Kumpulan People's College bertuah kerana dihantar pulang oleh aktivitis masyarakat Ustaz Kamaruddin Kassim dan isterinya yang lebihi dikenali dengan panggilan Kak Ju ke sempadan, Bukit Kayu Hitam.Berpeluk-pelukanlah mereka.Senyuman mesra.Kemudiannya diikuti oleh linangan air mata.Tanda kasih dan sayang.

Ustaz Kamaruddin seperti kata peribahasa melayu "kaki naik,kepala turun" dalam kerja-kerja seperti ini.


Oleh Tun Sri Lanang Al  Malayu

Sunday, 6 April 2014

HAP Bertemu NGO Malaysia

Malam itu Pengerusi Aman Patani,Encik Mashar Nizam pulang ke kampungnya di Kepala Batas.Sebagai meraikan rakan dari Negara Patani Darussalam, beliau mengajak kami (Aman Patani) makan malam.

Aku tidak bertanya Encik Mashar hendak  makan apa malam ini. Biasanya bila ada rombongan dari Patani ataupun Jala kedai Tomyam tempat kami makan malam.

Aku menaiki kereta baru Mashar bersama anak dan isterinya." Malam ni kita makan lain sikit," kata Mashar kepada Aku."Makan piza." Aku tertany-tanya di mana ada kedai piza di Kepala Batas. Hujan cukup lebat malam itu. Percakapan Mashar Aku kurang dengar. Kami sampai ke Bertam Indah dalam kegelapan malam.

Kedai my piza milik Encik Zul dan Kak Su.Perniagaan mereka bermula pada 11.00 pagi hingga 9.30 malam. Mereka sudah tiga tahun menjalankan  perniagaan ini.








Rombongan HAP(Hak Asasi Perikemanusiaan) diketuai oleh Ismael Teh.Beliau pernah disiksa dengan teruk oleh pihak berkuasa Thai atas tuduhan 'menyertai' pihak pejuang Patani.

Setelah disiksa dengan teruk oleh pihak Thai, tiada sebarang bukti yang ditemui,Ismael Teh dibebaskan.
Kini beliau terus membantu rakyat Patani yang ditahan tanpa bukti.


Pihak Amani begitu berbesar hati dapat melayan tetamu istimewa dari kumpulan HAP. Cuma mereka agak kaku  sedikit untuk berbual dalam Bahasa Melayu baku kecuali Encik Syamsul sahaja. Mereka bercakap dengan menggunakan dialek Patani bercampur Bahasa Siam!


Oleh TS Kembara

Saturday, 5 April 2014

People's College Patani Melawat Pulau Aman

Seramai 18 orang anak muda daripada People's College telah mengadakan lawatan sambil ke pulau yang sudah didiami sejak 1789 lagi. Perjalanan ke pulau mengambil semasa 4 minit sahaja dari Tanah Besar.

Pulau ini penghuninya seratus peratus orang Melayu. Menurut ketua kampung pulau ini, Encik Yaakub terdapat 280 penduduk semuanya.


Kebanyakan penduduk di Pulau Aman bekerja sebagai nelayan. Di sini terdapat 'home stay' dan 'hotel budget' yang dikelolakan oleh Koperasi Pulau Aman. Juga terdapat sebuah sekolah rendah Melayu di sini. Untuk menyambung pelajaran ke peringkat menengah anak-anak Pulau Aman terpaksa ke Tanah Besar. Mereka boleh pilih hendak bersekolah di Batu Kawan ataupun Simpang Ampat.

Rombongan sempat melawat ke pulau  dan menikmati keindahan pulau dalam masa 80 minit sahaja. Tempat yang menjadi sasaran ialah 'Telaga Emas'


Oleh TS Kembara